Susu pekat manis menjadi
kegemaran rakyat Malaysia. Susu pekat manis adalah produk yang
diproses dengan menambah gula dalam kuantiti yang banyak, kira-kira 40 hingga
50 peratus kandungan produk. Kandungan susu segar hanyalah kira-kira 10 peratus.
Gula bertindak sebagai bahan pengawet dalam memastikan susu ini tahan lebih lama sehingga bertahun-tahun.
Di samping itu juga, kandungan gula yang tinggi juga mengakibatkan mikroorganisma di dalam susu mati sekali gus berfungsi untuk mengekalkan tahap steril pada produk ini.
Bayangkan kadar pengambilan susu pekat manis yang telah kita ambil selama ini. Kita bukan sahaja menggunakan susu pekat sebagai pemanis minuman, kita juga menggunakannya untuk membuat kuih-muih, kek, ABC dan sebagainya.

Betapa banyaknya rakyat Malaysia mengambil gula, sama ada
dalam bentuk gula kasar mahupun dalam produk susu. Jumlah ini bertambah lagi
bagi mereka yang gemar minum kopi atau teh susu dengan jumlah susu pekat manis
yang banyak.
Kebanyakan
penggemar susu pekat manis menganggap mereka minum susu yang didakwa baik untuk
kesihatan. Mereka tidak mengetahui kandungan gula yang banyak dalam susu pekat manis
memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Rakyat
Malaysia perlu disedarkan betapa buruknya kesan mengambil susu pekat manis secara
berterusan dengan kadar yang banyak.
Inilah sebab mengapa rakyat Malaysia ramai mengalami kegemukan
dan masalah kencing manis, serta penyakit lain berkaitan kesan racun gula.
No comments:
Post a Comment