Saturday, 12 October 2019

ILIM CAWANGAN KUNDASANG SABAH

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) merupakan institut yang bertanggungjawab menyediakan kursus, seminar dan latihan kepada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dari agensi agama Islam seluruh Malaysia.

ILIM ditubuhkan pada 1997 dan kampus utamanya di tapak seluas 31 ekar di Bangi, Selangor.

ILIM mempunyai kampus atau cawangan di seluruh negara. Salah satunya ialah Cawangan Kundasang Sabah di Kampung Mesilou Kundasang.

Terletak di kawasan kaki Gunung Kinabalu, suasananya sangat indah dan damai. Cuaca sejuk, dingin dan berkabus di samping melihat pemandangan Gunung Kinabalu, kebun sayur dan bunga-bunga segar menjadikan pengalaman menarik berada di ILIM Cawangan Kundasang.

ILIM Kampus Kundasang menumpukan kepada bidang kepakaran atau fokus mengenai pengajaran dan pembelajaran (PdP) Asas Bahasa Arab dan Perkaderan Dakwah.

Kursus-kursus utama:-
- Kursus Pedagogi Pengajaran Bahasa Arab (Asas)
- Kursus Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah
- Kursus Metodologi Dakwah Masyarakat Majmuk
- Kursus Kaunseling Syarie untuk Da’ie (Asas)


No comments:

Post a Comment