Namin, perdebatan yang dimaksudkan sebagai
mencari kebenaran dan dianggap satu kaedah dakwah apabila ia melibatkan
individu atau kumpulan yang mepunyai kemahiran dalam isu-isu yang
diperdebatkan.
Dalam kitab al-Iqtisad fi al-I’tiqad,
Imam al-Ghazali menjelaskan kaedah perdebatan sesuai digunakan untuk menghadapi
mereka yang sedang mencari-cari jawapan dalam kalangan orang bijak dan
terpelajar.
Pendebatan melibatkan masyarakat awam yang
bertaklid secara taksub dengan ajaran agama masing-masing tidak sesuai
diadakan. Mereka bukan mempertahankan kebenaran, sebaliknya sekadar menegakkan
benang basah.
Ilmu yang dimiliki amat cetek dan mereka
tidak mempunyai sebarang hasrat menyelidik atau mengkaji asas-asasnya. Apa yang
didebatkan sekadar mengikut ikut sedap mulut.
Perdebatan sedemikian bukan mencari
kebenaran, tetapi hanya akan menebalkan lagi ketaksuban mereka terhadap apa
dipegang selama ini secara taklid buta.
Apa yang diperkatakan adalah diulang perkara
sama biarpun hujahnya amat dangkal. Dia tidak mahu menerima penjelasan orang
lain dan hanya menganggap dia sahaja yang betul.
Lebih parah lagi apabila dia menyelahkan
pihal lain dalam melakukan sesuatu perkara, tetapi perkara yang sama dilakukan
olehnya pula dianggap tidak salah. Dia mengingatkan orang lain agar tidak
melakukan perkara itu, sebaliknya dialah berlebih-lebih melakukannya.
Disebabkan perdebatan mempunyai kebaikan dan
keburukan, ia hanya boleh diadakan dengan syarat ketat bagi menjaminnya
mendatangkan kebaikan kepada semua pihak.
Dalam Islam, perdebatan hanya diadakan bagi
mengetahui kebenaran, bukan untuk mengalahkan lawan. Oleh itu, ia menjadi
syarat paling utama.
Perdebatan ialah perbuatan tercela dan
berdosa, jika niatnya untuk mengalahkan lawan semata-mata, bukan mengetahui
kebenaran melalui hujahnya.
Perdebatan berpunca daripada niat sebegitu,
tidak akan membuahkan hasil baik kerana jika nyata sekalipun kebenaran sesuatu
pandangan, pihak satu lagi akan tetap berdegil mahu menegakkan benang yang
basah.
Menurut Islam, perdebatan semata-mata alat
menzahirkan pendapat benar melalui hujahnya dan hanya diadakan antara dua pihak
yang sememangnya berhasrat mengkaji dan meneliti.
Pada zaman akses maklumat tidak terbatas,
cabaran dihadapi umat Islam amat getir memandangkan banyak kekeliruan dan
kepalsuan disebarkan terhadap Islam dan Muslimin oleh pelbagai pihak.
Namun, peluang menyampaikan risalah Islam
juga terbuka luas di hadapan mata. Segala tohmahan dan fitnah terhadap Islam
perlu dijawab sewajarnya melalui pelbagai saluran. Dengan berkembangnya
teknologi maklumat, kita tidak lagi dapat mengawal siapa yang akan mengakses
apa disiarkan.
Namun, satu perkara kita tidak harus lupa
adalah Islam itu agama ilmu dan tidak kira apapun saluran digunakan untuk
menyampaikannya, ia tidak boleh dipisahkan daripada dasar ilmu.
Justeru, berhujah dan berdebatlah dengan ilmu,
bukannya dengan perasaan marah, ego dan taklid buta.
No comments:
Post a Comment