Sekarang ini perkataan MRI sering disebut dalam
istilah perubatan atau kesihatan. MRI atau Magnetic Resonance
Imaging merupakan kaedah pengimejan diagnostik yang menggunakan medan
magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan gambaran imej komputer tiga
dimensi.
MRI
telah diterjemahkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka sebagai Pengimejan Resonan
Magnet (PRM). Namun penggunaan istilah dan kependekan itu jarang digunakan.
Sejarah MRI telah bermula di awal tahun
1970-an apabila kajian mendapati sifat magnetik nukleus atom boleh digunakan
untuk menghasilkan imej tubuh manusia.
Pada 2 Julai 1977, prototaip mesin MRI pertama
telah berjaya menghasilkan imej tubuh manusia yang seterusnya menjadi titik
tolak perkembangan MRI sehingga ke hari ini.
Pengimbasan MRI merupakan satu kaedah untuk
melihat tubuh manusia tanpa menggunakan sinaran mengion seperti Sinar X. Oleh
itu, ia tidak akan memberi kesan biologi sinaran kepada manusia dan juga tidak
menyakitkan sepertimana dalam pembedahan.
MRI digunakan untuk membantu mengesan atau
diagnos penyakit seperti kanser, ketumbuhan yang tidak normal, kecacatan pada
organ dalaman atau fisiologi sesuatu organ pada tubuh manusia.
MRI sangat sesuai untuk mengesan penyakit
pada bahagian tisu lembut seperti otak, jantung, saraf tunjang, payudara, salur
darah dan lain-lain lagi.
Pemeriksaan MRI memerlukan pesakit berada
dalam keadaan stabil, tenang dan tidak banyak bergerak semasa pemeriksaan bagi
mengelakkan artifak pada imej.
Pesakit yang tidak berupaya berbuat demikian
seperti bayi dan kanak-kanak, akan diberikan ubat pelali (sedation) bagi
menghalang pergerakan dalam bilik pemeriksaan.
Pesakit yang mengalami
gejala claustrofobia iaitu tidak selesa pada kawasan yang sempit
dinasihatkan untuk tidak meneruskan pemeriksaan.
Pesakit normal biasanya tidak mengalami
masalah semasa pemeriksaan MRI dan mereka akan dibenarkan pulang selepas
pemeriksaan selesai.
----------
Setiap orang mengalami pengalaman dan tanggapan
berbeza mengenai proses yang pernah dilalui. Di sini disalin dan tampal pengalaman
atau catatan di FB:
Pengalaman berada dalam ini amat-amat takut dengan ruang
sempit dengan bunyi macam-macam....
Hny yg taw hy pesakit sj yg akan rasa
perit..tp tu la...demi mcari penyakit yg tiada phujung bgku
Tahun 2014
Tahun 2016 (17/5/2016) dan 22.8.2016
Tahun 2018
Tahun 2016 (17/5/2016) dan 22.8.2016
Tahun 2018
4x buat MRI tanpa ubat tido...tp skitku tiada
phujung..hy yg taw sj taw hy yg mengerti ay taw bertapa sakit ..
Sekarang giliran aku sendiri merasa
pengalaman MRI tanpa ubat tidur...
Sebelum masuk, aku diberi penerangan oleh
juru MRI mengenai proses MRI.
Sebagaimana yang dah diketahui. Akan ada banyak bunyi tembakan semasa imbasan MRI.
Tidak boleh banyak bergerak dan tidak boleh
menelan air liur terlalu kerap terutama ketika mesin sedang melakukan
tembakan/imbasan.
Sebelum aku ditolak masuk ke dalam terowong
MRI. Satu penutup yang berlubang diletak menutupi muka (mcm nk main ragbi). Mungkin
bagi menghalang pergerakan kepala atau melindungi kepala daripada tercedera.
Kemudian juru MRI meletakkan satu alat di
tangan kanan dan badan aku diselimutkan sehingga paras leher.
Kalau ada apa-apa masalah ketika di dalam
terowong mri nanti, tekan alat ne Pesannya.
Semua petugas dan juru MRI keluar daripada
bilik tersebut ke ruangan mereka. Tinggal aku sendirian dalam bilik tersebut.
Sunyi sesunyinya.
Selepas 2 minit, aku disorong ke dalam
terowong mri secara perlahan-lahan...
Kepala masuk, rasa okey walaupun sempit,
jarak antara mata hidung dengan bumbung mesin MRI sekitar 5-10cm.
Kemudian masuk pula bahgian bahu, terasa
bahu, lengan hingga ke siku bergesel dengan dinding mesin MRI. Sempitnya!
Bunyi tembakan mula kedengaran. Macam2 bunyi, ada bunyi panjang, ada bunyi pendek.
Ada bunyi mcm pukulan tin, ada bunyi mcm pukulan kayu.
Ada bunyi mcm pukulan tin, ada bunyi mcm pukulan kayu.
Daripada perlahan menjadi semakin bingit dan
menyakitkan.
5 minit pertama, aku okey. aku mula rasa nk menelan air liur mula sesak nafas, sakit dada
Nak bergerak tidak boleh kerana ruang yang
agak sempit. Bunyi tembakan imbasan semakin laju dan semakin kuat, dada aku semakin ketat,
aku semakin gelisah, aku lemas dan semakin sesak nafas.
Ingin meronta tapi tidak boleh sebab ruang
mesin MRI terlalu sempit untuk aku berbuat demikian. Dada semakin ketat.
Hasil daripada MRI tersebut, aku dirujuk
kepda juga pakar neuro.
Ya Allah, aku takut himpitan kuburMu...
No comments:
Post a Comment