Kuih buah peria cukup terkenal di Kelantan, bahkan seluruh Malaysia. Dua komponen kuih buah peria ialah ‘kulit’ dan ‘isi’.
Kulit
kuih peria diperbuat daripada tepung pulut dan isinya adalah kacang hijau yang
dimasak betul-betul lembut dan kembang dicampur dengan santan, gula dan garam
secukupnya.
Menariknya,
kulit buah peria dihasilkan dengan pelbagai warna yang bersamaan dengan warna
buah periah seperti hijau, kuning dan merah yang menunjukkan ketika buah peria
masih mudah, hampir masak dan masak.
Namun,
biar apapun warna kulitnya, rasanya tetap sama. Berbeza warna tetapi rasa tetap
sama. Begitu juga rasa isi atau intinya tetap sama. Jadi, jangan mudah
terpedaya dengan warna.
No comments:
Post a Comment