Terdapat beberapa makanan yang dimakan boleh menghasilkan angin di dalam badan, antaranya makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktosa dan sorbitol.
Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula
kompleks seperti bunga kubis, kubis brussel, aparagus, brokoli dan kubis.
Fruktos digunakan sebagai pemanis di dalam minuman ringan, air kotak dan
sebagainya.
Seterusnya ialah kanji yang terdapat banyak pada kentang, jagung dan minyak
jagung serta gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar.
Beras
merupakan makanan berkanji yang tidak menghasilakn angin ini kerana fiber yang
mudah larut dalam air dan bertukar menjadi tekstur yang menyerupai gel di dalam
usus, ia terdapat dalam oat, bran, kacang panggang dan kebanyakan buah-buahan
lain.
Fiber
larut ini tidak dihancurkan sehingga ia sampai ke usus besar untuk proses
penghadaman. Manakala fiber yang tidak larut melalui usus tanpa sebarang
perubahan tidak banyak menghasilkan angin.
Dengan lebih mudahnya makanan dan minuman yang menjadi penyebab angin di dalam
badan. Sayur yang berair didalamnya seperti petola, terung dan segala jenis
sayur kubis, bunga kubis dan lain-lain.
Buah yang boleh menyebabkan angin di dalam badan antaranya cempedak, nangka dan
duku.
Minuman pula seperti teh dan minuman bergas.
Makanan yang diproses berkali-kali sebelum boleh dimakan seperti mi goreng
serta makanan yang bersantan seperti nasi lemak, nasi dagang dan pulut yang dikukus
dengan santan.
No comments:
Post a Comment