Wednesday 11 October 2017

Susunan keutamaan memberi nafkah

Dalam pemberian nafkah zahir atau memenuhi keperluan hidup, selepas diberi keutamaan kepada diri sendiri dan isteri, urutan seterusnya ialah anak, bapa, ibu, cucu, datuk, saudara dan ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang menegaskan: “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Muslim dan an-Nasai)

Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini, di antara kesimpulan dari hadis ini ialah  hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

No comments:

Post a Comment