Saturday 7 October 2017

Tanam kulat sisir

Kulat sisir semakin mendapat sambutan. Dulu kulat sisir tumbuh di batang pokok mati pada musim hujan, terutama di batang pokok getah. Kini, kulat sisir sudah dikomersialkan menjadi 'tanaman' memberikan pulangan lumayan sepanjang tahun.

Permintaan terhadap kulat sisir amat tinggi kerana rasanya sedap dan kaya khasiat. Kini, kulat sisir ada  dipasarkan melalui internet bagi memudahkan pembeli tidak kira di mana berada.

Penanaman kulat sisir menggunakan kaedah bongkah membolehkan hasilnya dituai sepanjang tahun.

Penjagaan kulat sisir tidak rumit dan hanya mengambil masa selama seminggu untuk tumbuh. Penjagaan kulat sisir tidak serumit cendawan tiram.

Kulat sisir juga tidak mudah rosak dan boleh 'diawet' dengan cara dikeringkan.

Tumbuhan ini hanya memerlukan tempat teduh dan perlu disiram antara dia hingga tiga kali sehari. Tempat untuk menyimpannya haruslah kawasan yang redup dan lembap. 

No comments:

Post a Comment