Saturday 7 October 2017

Kesan konflik rumah tangga sebabkan gangguan emosi

Institusi perkahwinan tidak sekadar melibatkan pasangan suami isteri. Sebaliknya, ia turut melibatkan seluruh ahli keluarga dan memberi kesan kepada masyarakat keseluruhannya. Maka itu, hal berkaitan masalah dalam keluarga tidak boleh dipandang mudah.

Kesan masalah paling ketara tentu ditanggug oleh pasangan suami isteri itu sendiri. Situsasi ini memberi kesan kepada beberapa perkara.

Kesan emosi paling ketara dirasai. Gangguan emosi memberi kesan tekanan yang amat buruk. Keadaan kemurungan dan tekanan yang berterusan boleh menimbulkan masalah jiwa. Jika tidak dikawal boleh menyebabkan gila atau kesan negatif lain.

Prestasi kerja menurun apabila berdepan dengan masalah keluarga. Keadaan ini memberi kesan besar kepada kerja. Ada pekerja diberhentikan kerja kerana prestsi teruk akibat konflik keluarga dialami.

Konflik boleh menjelaskan kesihatan pasangan terlibat. Dalam keadaan tertekan, satu kesan paling ketara ialah masalah tekanan darah tinggi dan boleh melarat kepada masalah penyakit jantung. Penyakit ini jika berterusan boleh membawa kepada maut.

Kesan kepada anak. Anak-anak biasa menjadi mangsa apabila ibu bapa berdepan konflik rumahtangga. Jika ibu bapa tidak bersefahaman, tentu sekali anak-anak juga menanggung akibatnya. 

Anak kurang mendapat perhatian jika ibu bapa asyik berkonflik. Mereka tidak dapat melakukan akvititi yang bisasanya dilakukan bersama. Contohnya, ibu bapa berdepan konflik tentu tidak akan keluar untuk bersiar-siar atau berkelah. 

Ibu bapa yang berdepan konflik turut memberi kesan emosi dan tekanan kepada anak-anak. Ini kerana anak-anak merasakan tidak mendapat hak yang sepatutnya seperti kasih sayang dan perhatian. Pada masa sama mereka juga bimbing jika konflik yang tidak dapat dikawal itu menyebabkan perceraian ibu bapa.

Dalam kes ibu bapa yang berdepan konflik akan melepas perasaan terhadap anak-anak. Anak dimarah dan kadangkala dipukul disebabkan satu kesalahan yang tidak sepatutnya mereka dihukum sedemikian. 

Kesan buruk terhadap hubungan kekeluargaan. Perkara ini tidak boleh dipadang mudah. Maka itu, suami isteri tidak boleh menganggap apa yang berlaku hanya melibatkan diri mereka saja.   

Apabila berlaku konflik suami isteri, kerap turut melibatkan campurtanggan keluarga. Keluarga tentu akan memihak kepada anak masing-masing. Keadaan ini menjadi semakin parah apabila berlaku saling menyalahkan. Ini menyebabkan hubungan dua keluarga menjadi renggang.

Dendam keluarga akan membara jika ada kes sebelum ini yang telah terpendam lama. Mereka mengambil kesempatan untuk menyemarak kembali kes dahulu yang sebelum ini telah tertutup melalui perkahwinan. 

Putus hubungan atau kerjasama antara keluarga sering berlaku berpunca konflik suami isteri. Kes putus hubungan perniagaan, konflik di tempat keluarga dan hubungan dalam masyarakat wujud disebabkan masalah dalaman ahli keluarga. Bayangkan apa yang berlaku itu hasil daripada konflik suami isteri, itu belum lagi jika berlaku perceraian. 

Menyumbang masalah dalam masyarakat. Konsep melahirkan masyarakat harmoni melalui keluarga bahagia sering dijadikan sandaran. Maka, jika keadaan keluarga tidak bahagia, tentunya kesannya turut melibatkan seluruh masyarakat.

Anak terabai akibat konflik ibu bapa akan menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. Kajian mendapati mat rempit, kaki lepak dan pelbagai masalah sosial lain yang dilakukan oleh anak-anak adalah berpunca keadaan keluarga yang tidak tenteram. Mereka cuba mencari altenatif lain untuk melepaskan perasaaan atau melupakan masalah keluarga.

Prestasi tempat kerja pasangan bermasalah berdepan prestasi menurun. Ini memberi kesan buruk kepada majikan. Bayangkan jika suami iateri bermasalah terbawa-bawa masalah keluarga ke tempat kerja. Jangan terkejut jika prestasi pekerja setiasa turun naik, dan jika diselidiki berpunca berlaku krisis dalam keluarga.

Mendatangkan kesan buruk kepada negara. Bunyinya macam tidak lojik jika dikatakan kesan konflik dalam keluarga boleh memberi kesan buruk kepada negara, termasuk dalam soal keselamatan.  

Fikirkan, dalam kes konflik rumahtangga yang berpunca masalah kewangan, ada pegawai kerajaan atau petugas di agensi swasta sanggup melakukan rasuah semata-mata untuk mendapat wang yang lebih semata-mata untuk memenuhi keperluan keluarga. Kita tahu, masalah rasuah boleh merosakkan negara dan mengancam keselamatan negara.                

No comments:

Post a Comment