Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
‘‘Nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdur Rahman.” (Hadis
riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
Disunatkan
menamakan dengan nama nabi untuk mengekalkan ingatan kepada mereka dan sebagai
galakan mencontohi mereka. Contohnya, Daud, Ismail dan Musa.
Tiada larangan
meletakkan nama yang bukan berasal dari Arab selagi tidak membawa makna yang
buruk. Orang Islam pada zaman jahiliah banyak mengekalkan nama-nama bukan Arab
selepas keislaman mereka, walaupun mereka memeluk agama Islam.
Nama yang dikhususkan
kepada Allah tidak boleh disebut dalam bentuk marifah (ada alif dan lam)
seperti al-Aziz, al-Hakim dan sebagainya. Sekiranya dinamakan dalam bentuk
nakirah (tiada alif dan lam), ia dibolehkan. Contohnya, Hakim.
No comments:
Post a Comment