Rasulullah SAW bersabda: “Jangan namakan anakmu
dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan. Sebabnya adalah jika kamu bertanya
adakah ‘keuntungan’ ada? Jika tidak ada, orang akan menjawab “Keuntungan tidak
ada”.” (Hadis riwayat Muslim, Tirmizi dan Abu Daud)
Menurut Imam Nawawi, dimakruhkan nama-nama tersebut
(dalam hadis) adalah kerana buruk dan rosaknya jawapan yang bakal diterima,
juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian golongan ke
dalam suatu bentuk perbuatan menenung nasib.
Contohnya, apabila ditanya; “Adakah di sana ada
Rabah (untung)?”, lalu dijawab; “Ada”. Apabila orang yang suka
menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia
akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung.
Hendaklah dijauhi juga dari memberi nama dengan
nama-nama yang tidak beridentitikan Islam dan menggambarkan hilangnya jati-diri
sebagai seorang muslim, seperti meniru-niru nama orang bukan Islam seperti
Natasya, Susan, Suzuki, Mazda dan Ninja. Juga nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi
seperti nama ‘Huyam’ (gila berahi), dan sebagainya.
Banyak nama yang menunjukkan memuji diri sendiri dalam
masyarakat Melayu kini. Tidak kiralah namanya dengan nama Khairun Nisa
(sebaik-baik wanita), nama ‘mujahid’ pejuang, syahid, nama ‘salafus soleh dan
sebagainya.
Setiap ibubapa hendaklah berhati-hati menamakan bayi mereka kerana ini dilarang dan termasuk dalam memuji diri anak itu sendiri.
Setiap ibubapa hendaklah berhati-hati menamakan bayi mereka kerana ini dilarang dan termasuk dalam memuji diri anak itu sendiri.
Rasulullah SAW melarang menggunakan nama yang memuji
diri sendiri. Pernah terjadi pada suatu ketika, apabila Nabi SAW bertemu
seorang wanita bernama Barrah (wanita yang sangat baik); Rasulullah SAW
bersabda: “Janganlah kamu memuji diri kamu sendiri. Allah SWT lebih
mengetahui siapakah yang lebih baik dikalangan kamu.” (Hadis riwayat
Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: “Aku menegah daripada
menamakan dengan nama Rafi (ketinggian)’, Barakah (keberkatan) dan Yassar
(senang).” (Hadis riwayat Tirmizi).
Imam Nawawi berkata: “Dimakruhkan memberi nama
dengan nama-nama ini dan apa yang membawa kepada sebab larangan ini. Larangan
ini adalah hanya makruh tidak haram.”
Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk
seperti Harb, Murrah, Kalb, ‘Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan
sebagainya.
Sabda Rasulullah SAW: “Berilah nama dengan
nama-nama para Nabi. Nama paling disukai oleh Allah ialah ‘Abdullah’ dan ‘Abdurrahman’.
Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah ‘Harith’ dan ‘Hammam’,
dan nama yang paling buruk ialah ‘Harb’ dan ‘Murrah’.” (Hadis riwayat Abu Daud
dan Nasai)
No comments:
Post a Comment