Tuesday 30 July 2019

BACA TALKIN PERINGATAN UNTUK ORANG HIDUP


Definisi talkin bermaksud petunjuk atau peringatan tentang soal jawab dalam kubur yang dibacakan kepada jenazah orang Islam selepas sahaja ia dikebumikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Itulah maksud talkin yang difahami umum. Hakikatnya, talkin sebenarnya peringatan kepada orang hidup yang menghadiri majlis pengembumian itu.

Antara skrip talkin yang dibacakan ialah:
Akan datang nanti kepada kamu 2 malaikat. Janganlah takut dan gentar kerana mereka juga hamba Allah seperti kamu. Akan ditanya nanti malaikat ini kepada kamu. Jawablah dengan tenang dan lancar.

Jika ditanya: Man Rabbuka? Siapa Tuhanmu? Maka jawablah: Allahu Rabbi. Allah Tuhanku.
Tanya: Man Nabiyyuka? Siapa Nabimu?
Jawab: Muhammadun Nabiyyi. Muhammad Nabiku
Tanya: Ma Dinuka? Apa agamamu?
Jawab: Al-Islamu dini. Islam agamaku
Tanya: Man Imamuka? Siapa imammu?
Jawab: Al-Quran Imami. Al-Quran Imamku
Tanya: Aina Qiblatuka? Di mana kiblatmu?
Jawab: Al-Kabatu Qiblati. Kabah Qiblatku
Tanya: Man Ikhwanuka? Siapa saudaramu?
Jawab: Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani. Muslimin dan Muslimah saudaraku.

Secara tersurat, talkin dibacakan kepada jenazah. Namun, secara tersirat ia ditujukan kepada mereka yang datang pada upacara pengembumikan jenazah itu.

Hendaklah kita yang masih hidup ini memberi perhatian kepada amalan yang berkaitan dengan soalan-soalan tersebut. Sesiapa yang mementingkan perkara tersebut sepanjang hidupnya, insya-Allah tidak akan sukar untuk menjawab soalan berkenaan.

No comments:

Post a Comment