My Metro dengan tajuk 'Bakpo jadi gini...' melaporkan
mengenai anggota pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai mengambil
masa kira-kira 20 minit mengeluarkan gigi gear yang tersekat pada kemaluan
seorang lelaki.
Kisah lelaki yang terpaksa mendapatkan khidmat
kepakaran anggota bomba untuk memotong sesuatu terlekat di kemaluan lelaki bukan
perkara pertama kali berlaku. Semua itu berlaku gara-gara ingin tahan lama beraksi
di ranjang.
Penggunaan sesuatu yang dipasang di kemaluan lelaki
ketika tegang dipercayai dapat mengekalkan kadar ketegangan itu lebih lama.
Lelaki dikatakan sanggup melakukan apa sahaja
demi untuk diiktiraf hebat di ranjang. Pengambilan herba dan ubatan, serta mengamalkan
pelbagai petua dilakukan semata-mata tujuan tersebut.
Usaha tersebut tidak salah, bahkan digalakkan
demi keharmonian rumahtangga bagi pasangan suami isteri.
Namun, tidak perlulah melakukan sesuatu yang 'pelik'
semata-mata untuk tujuan itu. Ikutlah amalan biasa atau petua orang-orang tua.
Selain itu, berjumpalah dengan pakar sakit tuan
untuk mendapat nasihat, terutama dari segi pengambilan ubat-ubatan agar tidak mendatangkan
kesan buruk.
No comments:
Post a Comment