Kalau dapat kes macam ini, tidak pasti pula sama
ada hendak marah, sedih atau gelak sakan.
Ada ke patut 'postage' itu dianggap barang. Apabila
penjual menawarkan 'free postage' akan diharapkan akan dapat percuma satu barang
'postage'.
Siap marah lagi kepada penjual kononnya telah
ditipu apabila 'postage' yang dijanjikan percuma tidak diterima bersama-sama barang
yang dibeli.
Inilah dikatakan asal ada barang percuma, tertarik
tanpa kisah apapun barang itu.
Sebab itu ada penjual akan menawarkan barang atau
sesuatu secara percuma sebagai tarikan. Kadang-kadang barang itu tidak diperlukan
oleh pembeli, tetapi disebabkan percuma terus menarik minat membeli barang yang
juga tidak diperlukan.
Maka, jadilah membeli sesuatu barang atau perkhidmatan
untuk mendapatkan sesuatu diberikan percuma yang juga tidak diperlukan.
No comments:
Post a Comment