Thursday 1 August 2019

BUAH GAJUS RASA KELAT MANIS

Tidak ramai pernah makan buah gajus atau buah ketereh berbanding makan biji buah gajus atau kacang biji gajus. Biji kacang gajus popular di negara kita sebagai snek mahukan dicampurkan pembuatan kek dan biskut.

Buah ketereh juga dikenali janggus, jambu golok, jambu monyet, bunga kesasar dan jambu terung. Buah gajus semasa muda berwarna hijau bertukar menjadi merah atau kuning mengikut jenisnya apabia telah masak. Jenis berwarna merah dikatakan rasanya lebih sedap.

Keunikan dan kelainan buah gajus berbanding buah-buah lain ialah bijinya berada di luar buah.

Buah atau isi gajus yang boleh dimakan mentah mahupun dibuat sayur. Buah gajus lembut dan banyak mempunyai air. Rasanya kelat manis.

Memandangkan rasanya kelat manis, buah gajus amat sedap jika dimakan dengan pencicih, tidak kisahlah menggunakan campuran gula, garam dan kicap atau campuran bahan lain mengikut cita rasa masing-masing.

Buahnya boleh dibuat jus dan diminum untuk merawat sakit kerongkong, penyakit kulit, melegakan muntah dan menghalang keguguran rambut.

Selain dibuat jus, buahnya juga boleh direbus untuk mendapatkan air rebusanya.

Buahnya secara saintifik mampu bertindak sebagai agen antikulat dan antibakteria.

Buahnya juga secara saintifik bertindak sebagai antiinflamatori di dalam mengubati pelbagai kesan penyakit kulit terutamanya kulit terbakar atau pecah. 

No comments:

Post a Comment