Thursday, 1 August 2019

AMAT BESAR NILAI 10 SEN

Masa kanak-kanak era 70-an, dapat 10 sen dirasakan amat besar. Duit belanja pergi sekolah dapat 10 sahaja. Jadi, kalau dapat tambahan 10 sen lagi dikira amat bertuah.

Siapa nak bagi wang tambahan 10 sen itu? Kalau nak harapkan ayah beri, memang kena tunggu esok. 

Wang tambahan itu boleh dianggap rezeki jatuh dari langit. Terjumpa duit siling orang yang terjatuh.

Ambo sendiri biasanya menjadikan bawah rumah sebagai tempat mencari wang tambahan. Masa dahulu semua rumah di kampung ambo jenis rumah kayu. Di antara papan biasanya tidak dirapatkan. Jadi, ada 'peluang' duit siling jatuh.

Kalau rumah tiang tinggi, mudahlah nak masuk menyurut di bawahnya. Masalahnya, ada rumah yang tiangnya hanya setinggi kira-kira dua kaki hingga tiga kaki sahaja. Memang selalulah kepala terhantuk pada kayu 'penyambut' papan.

Terhantuk tu satu hal, yang tidak sedapnya apabila sambil merangkak itu terpijak atau terpegang tahi ayam. Wow... paling sedih kalau tahi ayam 'moner'.

Begitulah erti 10 sen. Cukup bermakna pada ketika itu.  

Masa berubah. Kanak-kanak buat tidak kisah sahaja jika jumpa siling 10 sen. Malas nak membongkok. Tidak tahu cara mana nak 'kilat' jika yang ditemui itu siling berkarat atau 'kotor'.

Itulah bezanya dahulu dan sekarang.

No comments:

Post a Comment