Monday 9 October 2017

Pintu Gerbang Dataran Cheng Ho

Majlis Perasmian Pintu Gerbang Dataran Cheng Ho pada 04 Oktober 2017, anjuran Bersama Kerajaan Negeri kelantan dan Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan dengan kerjasama MPKB-BRI disempurnakan Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan) ribuan rakyat Kelantan.

Masjid perasmian diadakan sempena sambutan Pesta Tanglung 2017 yang bermula dengan perarakan Tanglung bermula dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Cina) Chung Cheng ke Dataran Cheng Ho. Pengunjung kemudian dihiburkan dengan persembahan Gendang Cina, Tarian Singa Selatan, Orkestra Muzik Cina, Tarian Singa Utara, Tarian Singa Akrobatik Heng Ann, Tarian Melayu, Tarian Naga, Tarian Singa Selatan Wei Yang, Tarian Budak, Tarian Thai, Tarian Singa Selatan Siang Long, Akrobatik dan Muka Topeng, Dikir Barat, Gendang Cina dan Tarian Raja Singa Malaysia Kun Seng Keng.

Kewujudan Pintu Gerbang Dataran Cheng Ho di Jalan Kebun Sultan yang menelan belanja kira-kira RM600,000 menjadi mercu tanda baharu khususnya bagi masyarakat Cina di Kota Bharu.

Pintu gerbang itu signifikan membuktikan keharmonian hidup masyarakat pelbagai kaum di negeri Kelantan.

Pintu gerbang dinamakan sempena dengan nama Laksamana Cheng Ho seorang tokoh hebat terawal datang ke rantau ini dan dikagumi seluruh masyarakat. 

No comments:

Post a Comment