Biji chia atau chia
seed mendapat permintaan tinggi di kalangan mereka mementingkan kesihatan. Chia
seed kaya dengan nutriun pemakanan diperlukan badan. Khasiat, kebaikan dan
manfaat memakan biji chia terbukti hebat dan berkesan. Jadikan chia seed diet
harian dan rasai kehebatan untuk kesihatan.
Chia merupakan
sejenis tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga
pudina dan yang biasa hidup di kawasan panas. Pokok chia banyak
terdapat Mexico dan negara Amerika Latin. Chia Seed terkenal sebagai makanan bernutrisi
tinggi untuk menambahkan energi seharian. Sifatnya sebagai antioksidan yang
aktif mampu menghalang kesan buruk akibat daripada radikal bebas.
Sekali pandang, biji
chia hampir sama dengan biji selasih, namun terdapat beberapa ciri perbezaan. Antara
perbezaan antara biji selasih dan chia seed.
Pertama adalah dalam
hal cara penyediaanya. Biji selasih hanya boleh digunakan setelah direndam di
dalam air selama beberapa waktu. Sedangkan, bagi Chia seed pula, ianya
boleh digunakan dengan cara, hanya ditaburkan atau dicampurkan saja ke
jus, yogurt, pudding, salad, rawfood, malahan ke dalam
nasi putih juga, atau dengan cara hanya direndamkan ke air putih biasa selama
beberapa saat saja.
Kedua, warna yang
berbeza. Biji selasih hanya berwarna hitam. Apabila terkena air, akan
muncul selaput putih jernih yang menyeliputi menyelimuti biji selasih.
Tetapi chia seed pula mempunyai banyak warna iaitu berwarna hitam, coklat,
kelabu dan juga putih. Apabila terkena air, akan muncul juga selaput
putih menyelimuti biji chia.
Antara kebaikan,
manfaat dan khasiat biji chia ialah:
Menstabil
kandungan gula dan mengawal penyakit kencing manis
Chia Seed telah
dikaji oleh pakar perubatan, menjadi salah satu
rawatan semula jadi yang amat berpotensi untuk para pesakit diabetes tahap 2,
kerana keupayaannya untuk memperlahankan penghadaman. Lapisan agar-agar biji
chia seed yang terbentuk apabila terdedah kepada cecair boleh juga mencegah
pancang gula darah.
Banyak
mengandungi serat
Dengan mengambil 28 gram dalam setiap
hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira
satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang
dewasa.
Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah fibre yang baik yang penting untuk membantu sistem penghadaman. Serat baik untuk menstabilkan kolesterol, mencegah sembelit dan menekan meningkatkan gula dalam darah.
Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah fibre yang baik yang penting untuk membantu sistem penghadaman. Serat baik untuk menstabilkan kolesterol, mencegah sembelit dan menekan meningkatkan gula dalam darah.
Mengekalkan kekuatan gusi dan tulang
Satu hidangan biji
chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan
harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ianya berfungsi untuk
mengekalkan tahap kesihatan gigi, tulang, dan dapat mencegah
osteoporosis.
Mempunyai
mangan
Manganese (Mangan)
bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya adalah amat penting untuk
kesihatan manusia. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan
kita untuk menggunakan nutrien lain seperti biotin dan thiamin.
Mangan meningkat kadar metabolisma tubuh untuk lebih cergas dan mengawal berat badan. Dalam pengambilan satu hidangan biji chia (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini.
Mangan meningkat kadar metabolisma tubuh untuk lebih cergas dan mengawal berat badan. Dalam pengambilan satu hidangan biji chia (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini.
Kaya
fosforus
Dengan mempunyai 27
peratus daripada nilai yang perlu ada untuk fosforus, biji chia juga turut
membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat.
Fosforus juga amat penting untuk mensynthesizekan protein
(pertumbuhan dan untuk pembaikan) sel serta tisu tubuh badan
kita.
Kaya protein
Biji chia adalah
sumber protein bagi golongan vegetarian dan ianya tidak mempunyai
sebarang kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan biji chia yang diambil adalah
mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya. Protin penting untuk kecerdasan otak.
Mudah
berasa kenyang
Tryptophan adalah
merupakan satu sejenis asid amino yang telah ditemui dalam biji chia. Walaupun
tryptophan akan memberikan kesan mengantuk selepas makan, namun ianya
juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan anda (mudah berasa
kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood
seharian.
Meningkatkan
kesihatan jantung
Biji chia telah
terbukti dalam meningkatkan tekanan darah untuk para pesakit kencing
manis. Ianya juga boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa
yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan juga trigliserida.
Banyak
Omega-3
Biji chia penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan
mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Omega 3 baik
untuk kesihatan fungsi otak, menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan
prestasi jantung.
Kandungan
zat besi
Zat besi baik untuk pencegahan anemia dan meningkatkan
kualiti sel darah merah.
Dengan pengambilan chia seed, kita boleh memastikan yang
semua nutrien yang diperlukan dalam badan ini sudah mencukupi setiap hari.
Senanglah kerja kita dalam menjaga kesihatan.
No comments:
Post a Comment