Tuesday, 3 December 2024

SUKARELAWAN BERHATI KENTAL

 
Hati mereka kental, jiwa membara, niat ikhlas, melakukan selagi mampu dan pastinya tidak mengharapkan balasan. Mereka sukarelawan yang bersedia melakukan tugas secara sukarela. Semata-mata ingin melihat sesuatu kebaikan dinikmati pihak lain, fizikal dan minda disatukan untuk terus mampan dalam aktiviti yang dilakukan.
 
Pada musim banjir, banyak tempat terputus hubungan menggunakan jalan darat. Kenderaan yang tinggi juga belum tentu mampu meredah air yang dalam. Satu cara ialah dengan menggunakan bot. Itupun sering berdepan dengan halangan apabila paras air yang tidak sama. Ada tempat dalam dan di kawasan lain airnya cetek.
 
Satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan mengguakan kayak. Di tempat air cetak mereka boleh menariknya. Macam orang Eskimo menarik kayak di atas permukaan salji. Manakala di tempat air dalam, mereka boleh mendayung menuju destinasi.
 
Inilah dilakukan sekumpulan sukarelawan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan yang menggunakan kayak sebagai pengangkutan pilihan untuk membantu 13 keluarga terperangkap di Kampung Gelang Mas setelah tiada cara perhubungan lain yang sesuai boleh sampai ke destinasi. Bantuan kit kebersihan dan makanan ringan disampaikan.

 



No comments:

Post a Comment