Firman Allah dalam
surah Al Anfaal ayat 27 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu
mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu
mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu
mengetahui (salahnya)."
Memimpin
adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Amanah
dan tanggungjawab ini tidak akan terlaksana tanpa adanya pemimpin yang
berwibawa memeliki ciri-ciri dan sifat-sifat yang tertentu.
Pemimpin bertugas
dan tanggungjawabnya, mengajak manusia mengabdikan diri sesungguhnya kepada
Allah melalui kerja-kerja memakmurkan bumi, melakukan islah, menegakkan
kebenaran, mengujudkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat
dan negara.
Berdasarkan amanah dan tanggungjawab seorang pemimpin, maka orang yang lemah dan tidak memiliki kelayakan tidak boleh menjadi pemimpin. Oleh itu melantik seorang pemimpin atau pegawai yang tidak memeliki kelayakan kepada sesuatu jawatan sedangkan masih ada orang yang lebih layak kepada jawatan tersebut, merupakan suatu pengkhianatan besar kepada Allah dan Rasulullah.

Amalan itu sangat bertentangan
dengan ajaran syariat Islam kerana akibat dari perbuatan itu, masyarakat
dan negara akan musnah dan tergadai serta diangkat keberkatannya.
Demi menjaga kepentingan umat dan negara, demi menjaga pengaruh keduniaan agar tidak meresab masuk ke dalam jiwa pemimpin, Rasulullah melarang meminta sesuatu jawatan di dalam pemerintahan, apa lagi merebut tanpa kelayakan dan persediaan yang mencukupi.
Sifat loba dan sifat tamak dan menginginkan jawatan akan mendorong seseorang untuk berbuat zalim dan dosa demi untuk mendapatkannya. Apabila sudah dapat berjawatan maka akan dipergunakannya untuk kepentingan-kepentingan dirinya.

No comments:
Post a Comment