Usia remaja dikaitkan hidup
penuh cabaran dan perlu bimbingan untuk bina jati diri agar tidak terpesong ke
arah binasa diri sendiri, keluarga dan negara. Perhatian perlu diberikan
memandangkan terdapat banyak kes melibatkan remaja dikatikan perkara negatif.
Tidak
dinafikan bukan semua remaja berdepan perkara itu. Namun, jika perkara ini
tidak dicegah ia akan merosakkan imej remaja secara keseluruhannya. Kejadian
ini tentunya cuba dielak memandangkan imej remaja sebagai aset terpenting
negara perlu dijaga.
Perjalanan
hidup remaja masih jauh dan memerlukan lebih banyak pengalaman untuk mencapai
kejayaan hidup pada masa depan serta menjadi hamba yang mendapat keredaan
Allah. Kejayaan yang diharapkan bukan saja di dunia, bahkan lebih penting
lagi kehidupan di akhirat.
Remaja
perlu memiliki ciri keunggulan iaitu dari segi keperibadian, pengetahuan
berkaitan hukum dan amalan seorang muslim, penguasaan ilmu serta kemahiran dan
akhlak mulia.
Remaja harus memahami tujuan manusia dilahirkan di dunia ini
dengan mempersiapkan diri sebagai khalifah Allah.
Dalam
mengharungi kehidupan ini, kita mesti mengetahui bahawa setiap amalan besar
mahu pun kecil, baik atau jahat tidak terlepas daripada dicatat oleh dua
malaikat yang ditugaskan untuk setiap manusia.
Firman
Allah yang bermaksud: "Ketika dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya)
menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di
sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang
perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di
sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)."
(Surah al-Qaf, ayat 17-18).
Soal
dosa pahala mula dicatatkan apabila seseorang dikira mencapai umur
baligh. Bagi kanak-kanak lelaki dikira baligh apabila 'datang mimpi'
dan bagi perempuan pula 'datang bulan'. Umur baligh tidak sama antara
individu. Perempuan biasanya lebih awal baligh antara umur 9 hingga 12 tahun. Manakala
lelaki pula ketika lingkungan umur 12 hingga 15 tahun.
Hukum
fikah membincangkan secara khusus perkara ini, termasuklah dalam hal-hal
dianggap 'kejadian luar biasa' bagi menentukan seseorang itu telah dikira
baligh biarpun tanpa tanda-tanda umum yang biasa dialami individu
lain. Hal ini penting kerana ia melibatkan kesempurnaan bagi perlaksanaan
ibadat serta perkara berkaitan halal dan haram.
Kembali
kepada perbincangan kehidupan alam rermaja, nyata sekali soal dosa pahala
bukannya dikira apabila umur dewasa yang biasa difahami kebanyakan orang iaitu
apabila mencapai usia 21 tahun atau apabila telah berkahwin.
Dengan
kata lain, amat malang sekali apabila didapati golongan remaja masih jahil dan
jauh daripada amalan agama, sedangkan mereka sebenarnya telah dikira baligh dan
telah dicatatkan dosa dan pahalanya. Maka itu, bukan alasan untuk remaja
hidup tanpa batasan agama semata-mata merasakan diri mereka masih muda atau
tidak mengetahui hukum agama.
Di
sini pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak mengenai agama sejak awal
lagi. Perkara pokok adalah solat. Rasulullah menyuruh agar anak
diajar bersembahyang ketika umurnya tujuh tahun dan jika ketika umur 10 tahun
masih berdegil tidak mahu bersolat, maka hendaklah dipukul untuk pengajaran.
Sesungguhnya,
pengisian kehidupan seharian remaja mesti bersandarkan kepada kehendak agama
seperti mana terkandung di dalam al-Quran dan sunnah sebagai penunjuk ke arah
jalan yang diredai Allah. Keseimbangan dan keterampilan dalam beragama
akan menentukan matlamat hidup tidak lari dari apa yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment