Tua adalah sejenis penyakit yang tidak dapat dielakkan biarpun
mungkin dilambatkan menggunakan ubatan agar wajah dan tubuh kekal cantik
dan sihat. Dalam proses penuaan yang
semula jadi ini, sedikit demi sedikit wajah dan tubuh badan menunjukkan tanda
penuaan itu. Penyakit tua satu proses yang mesti dilalui setiap orang, melainkan mereka yang mati pada usia muda.
Kedut pada tepi mata, kulit menggeleber, sendi sakit-sakit, badan berasa lenguh dan nafas mudah semput adalah antara
tanda penuaan. Pada masa sama, cara berfikir seseorang juga boleh dan akan
berubah dalam meniti usia semakin meningkat.
Apa pun, manusia secara semula jadinya tidak begitu risau
dengan perubahan corak berfikir apabila usia meningkat. Apa yang selalunya
paling ditakutkan oleh manusia adalah perubahan fizikal yang berlaku apabila
semakin tua.
Pada masa sama, keberkesanan organ dalaman badan untuk berfungsi dengan penuh berkesan juga akan menurun dengan peningkatan usia.
Pada masa sama, keberkesanan organ dalaman badan untuk berfungsi dengan penuh berkesan juga akan menurun dengan peningkatan usia.
Oleh itu, kita dapat lihat bagaimana manusia cuba
mengekalkan ciri usia mudanya. Misalnya, nenek-moyang kita menggalakkan
pemakanan ulam-ulaman agar nampak awet muda.
Pada zaman ini pula penggunaan ubat-ubatan dan alat kosmetik untuk kembali kelihatan muda banyak digunakan. Lebih canggih lagi apabila ada yang sanggup melalui kesakitan semata-mata ingin kelihatan muda.
Pada zaman ini pula penggunaan ubat-ubatan dan alat kosmetik untuk kembali kelihatan muda banyak digunakan. Lebih canggih lagi apabila ada yang sanggup melalui kesakitan semata-mata ingin kelihatan muda.
Apapun takrif
permulaan tua bagi seseorang, hidup alam tua tentunya banyak berbeza berbanding
ketika usia yang dianggap paling bermakna iaitu dalam lingkungan 30 hingga 50
tahun.
Ketika usia
tua keadaan fizikal mula berubah semakin hilang keupayaan. Penglihatan semakin kabur, telinga tidak lagi
dapat mendengar dengan jelas, tenaga zahir dan batin semakin menurun, daya
ingatan tidak lagi setajam dulu, ketahanan badan menghindar penyakit jelas
dalam keadaan lemah apabila pelbagai jenis penyakit mula bersarang di dalam
badan dan pelbagai petanda lain.
Apabila
memasuki era tua, kebanyakan individu cuba ‘melayan’ hidupnya secara yang
dianggap sebagai tanda dirinya sudah tua. Sebab itu, golongan tua distereotaip sebagai terlalu bergantung kepada
pihak lain, lemah, menyusahkan, tanpa sumbangan dan tiada kreativiti.
Sepatutnya,
golongan tua tidak meletakkan diri mereka sedemikian, melainkan mencapai
keadaan itu yang tidak lagi upaya untuk mengubahnya. Dalam hal ini, golongan tua perlu digalak dan
dilatih supaya boleh hidup berdikari untuk mengekalkan kualiti hidup
mereka.
Imej ini dapat
diubah jika masyarakat memandang positif era umur tua dan meningkatkan tahap
keyakinan diri, kebebasan daripada penggantungan, meneruskan sumbangan,
mengekalkan identiti diri, menjaga tahap kesihatan dan tidak menyisihkan diri.
Terdapat dua
cabaran besar dalam hal ini. Pertama
usaha mengubah sikap golongan tua sendiri ke arah itu dan keduanya ialah
pandangan negatif terhadap golongan tua di kalangan masyarakat.
Sumbangan
golongan tua boleh dipromosi dengan menekankan kemampuan, kesihatan dan
kreativiti mereka. Individu mencapai usia melebihi 60 tahun masih boleh aktif,
termasuk melakukan tugas rutin mencari rezeki, berdasarkan kesesuaian tahap
fizikal. Malah, banyak individu berusia
mencecah 80 tahun terus aktif dan dapat berdikari.
No comments:
Post a Comment