Saturday, 14 January 2017

Jenis jenayah hudud

Kes bunuh semakin menjadi-jadi. Lalu, ada yang mencadangkan agar hukum hudud dilaksanakan segera untuk mencegah atau mengurangkan kadar kes bunuh.  

Terfikir pula, apa hubungan hukuman hudud dengan jenayah bunuh. Itu buktinya, masih banyak yang tidak faham mengenai jenayah hudud.

Mereka fikir apa saja kesalahan boleh dilaksanakan hukuman di bawah hudud. Sebab itu ada cadangan untuk mengurangkan rasuah, salahguna kuasa dan berjudi hanya dapat dilakukan jika hudud dilaksanakan.  

Sebab itu ada kedengaran kononnya kerajaan Malaysia tidak mahu laksana hudud kerana takut pemimpin yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa akan terkena hukuman hudud.  

Timbul juga dibenak fikiran, jika rasuah dan salahguna kuasa dikenakan hukuman hudud, apakah bentuk hukuman itu? Adakah hukuman yang difahami mereka ia adalah hukum potong tangan?

Kes tidak faham mengenai kesalahan-kesalahan di bawah hudud bukan saja di kalangan mereka tidak berpendidikan bidang agama, bahkan penceramah hebat di masjid juga ada yang keliru.  

Mungkin juga ini kategori penceramah agama jadi-jadian tanpa pendidikan mendalam dalam bidang agama. Mereka membincangkan soal hudud mungkin atas niat untuk menjelaskan perkara yang ingin diketahui umum.

Jenayah hudud hanya melibatkan tujuh jenis kesalahan:
-  Zina
-  Qazah
-  Minum arak
-  Mencuri
-  Merompak
-  Memberontak terhadap kerajaan
-  Murtad.

Sebenarnya, kesalahan membunuh termasuk dalam kategori hukuman qisas dan diat. Diat ialah denda (pampasan) yang harus dibayar kerana melukai atau membunuh seseorang.



No comments:

Post a Comment