Dhob atau dhab sejenis haiwan tinggal atau
hidup di padang pasir. Rupanya seperti biawak, tetapi mempunyai tabiat yang berbeza.
Hukum makan dhob adalah halal.
Fakta menarik mengenai dhob ialah ia tidak
meminum air tetapi hanya memakan tumbuhan yang lembab seperti rumput yang hidup
di padang pasir. Air dari tumbuhan itulah yang menjadi sumber air untuk fungsi
organ badan. Dhab tidak makan bangkai.
Dhob sangat laju apabila berlari. Jadi sukar untuk menangkapnya. Dhob akan bertukar jantina setiap 2 tahun sekali. Ada juga mengatakan dhob mempunyai 2 jantina. Warna kulit bertukar mengikut tahap kepanasan.
Daging dhoh dimakan secara goreng atau
gulai. Untuk tujuan perubatan dan pelbagai kegunaan, daging dhob diproses menjadi
minyak dhab.
Minyak Dhab adalah minyak yang
terkenal sejak berkurun lama. Ia digunakan secara meluas oleh masyarakat Arab. Antara
khasiat diperkatakan ialah berkesan meningkat tenaga kelakian supaya kuat dan
bertenaga.
Selain itu minyak ini digunakan untuk
mengubati penyakit lenguh-lenguh sendi, lumpuh, urutan stroke, sakit pinggang
dan masaalah urat dan sendi serta kesan luka kemalangan atau pembedahan.
Selain dijadikan minyak, daging dhod juga
diproses menjadi kapsul. Ia sesuai diamalkan untuk merawat penyakit kronik seperti
seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, kolestrol, gout, asthma dan
alahan tubuh, selain meningkatkan tenaga lelaki.
No comments:
Post a Comment