Kes lemas di laut, sungai mahupun
tasik kerap berlaku melibatkan kanak-kanak. Lebih tragis apabila ahli keluarga
lain turut menjadi mangsa ketika usaha menyelamatkan kanak-kanak lemas itu.
Kenapa perkara itu berlaku? Kes lemas banyak
berlaku disebabkan kecuaian dan ambil mudah soal keselamatan.
Didapati banyak ibu bapa atau ahli
keluarga tidak ambil langkah keselamatan ketika berada di kawasan air. Anak
dibiarkan bebas mandi di pantai atau sungai ketika berkelah.
Ibu bapa lebih leka bersama telefon
pintar melayan media sosial. Kanak-kanak riang bermain tanpa menyedari bahaya
menanti.
Malah ketika laut bergelora dan
terdapat tanda amaran oleh pihak berkuasa, aktiviti mandi dilaut masih
diteruskan.
Apabila berlaku kes kecemasan
kanak-kanak lemas, masing-masing akan bergegas untuk menyelamatkan tanpa
menyedari bahaya diri sendiri.
Inilah punca kes lemas lebih dari
seorang apabila yang ingin menyelamatkan juga turut menjadi mangsa.
Langkah pencegahan adalah terbaik
untuk mengelak kes mati lemas. Jangan biarkan anak-anak bermain air, melainkan
dengan pengawasan rapi dan kawasan yang diyakini benar-benar selamat.
Bermain air adalah gembira mengundang
bahaya.
No comments:
Post a Comment