Ekonomi Islam
menjurus kepada pengurusan semua sumber. Mana-mana sumber yang dirosakkan, maka
telah berlaku ketidak seimbangan yang akan mengakibatkan kerosakan-kerosakan
lain.
Justeru, jika
manusia ingin menikmati kehidupan yang sejehtera dan selesa, maka tidak ada
sumber ekonomi yang boleh dimusnahkan.
Sesiapa melakukan
tindakan yang cuba mengubah dan merosakkan ciptaan Tuhan sebenar manusia yang
telah sesat dan tidak beriman. Tidak ada agama yang membenarkan umatnya
melakukan kerosakan dan kemusnahan, lebih-lebih lagi terhadap manusia.
Allah menjelaskan
hikmah kejadian alam yang menjadi tanda-tanda kekuasaan-Nya. Semua ciptaan itu
secara fitrahnya menjadi sumber kekayaan dan kesejahteraan hidup untuk manusia.
Betapa banyak
nikmat yang Allah berikan kepada manusia. Justeru, tidak timbul soal sumber
terhad jika manusia bersyukur dan bertakwa. Sekiranya setiap manusia berusaha,
maka akan dipermudahkan oleh Allah kepadanya rezeki yang halal.
Kehendak manusia
mempunyai tingkatan yang berbeza iaitu bermula dengan keperluan asas yang
dipanggil Daruriyat seperti makanan, minuman dan tempat tinggal.
Pada tingkatan
kedua yang dipanggil Hajiyat merupakan keperluan yang lebih bersifat keselesaan
seperti kenderaan dan peralatan diri yang jika tidak dimiliki tidak menghalang
untuk seseorang meneruskan hidup.
Manakala
tingkatan Tahsiniyat pula mewujudkan kehidupan lebih selesa berbanding
tingkatan keselesaan biasa. Memenuhi keperluan tingkatan Tahsiniyat perlu
berhati-hati agar tidak menjadi satu pembaziran dan melahirkan sikap angkuh
sertai cintai dunia melebihi kehidupan akhirat.
Sekira manusia
mematuhi sistem ekonomi Islam, sudah tentu persoalan asas ekonomi iaitu sumber
yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terhad dapat diselesaikan dengan bijaksana.
Sesungguhnya segala sistem hidup yang digariskan oleh Islam mampu berdepan
dengan segala permasalahan hidup.
No comments:
Post a Comment