Sunday 17 March 2019

PENIAGA PAKAI COSPLAY TARIK PELANGGAN


Pemakaian kostum atau cosplay anime atau superhero semakin menjadi satu fenomena yang trending pada masa kini.

Menurut  Merriam Webster Dictionary, cosplay merupakan perbuatan berpakaian seperti watak fiksyen (seperti dalam komik, permainan video dan rancangan televisyen).

Menurut Kamus Dewan edisi yang keempat, kostum merujuk kepada pakaian yang dipakai oleh pelakon-pelakon sandiwara atau filem dan lain-lain.

Pemakaian kostum juga boleh difahami sebagai satu gaya pemakaian tertentu yang dikenakan untuk menampilkan si pemakai sebagai suatu watak yang lain daripada watak kebiasaan mereka.

Peniaga yang kreatif menjadikan cosplay untuk menarik perhatian, khususnya pelanggan di kalangan kanak-kanak.

Peniaga yang memakai cosplay mudah menjadi tular atau viral sehingga perniagaan mereka menjadi laris apabila pelanggan bukan sahaja ingin membeli tetapi untuk melihat sendiri keunikan cosplay yang dipakai oleh peniaga.

No comments:

Post a Comment