Balasan
terhadap manusia berkaitan air bukan sahaja melalui banjir. Balasan lain
mungkin kekurangan bekalan air, tanah runtuh, banjir lumpur, hakisan tanah dan
penyakit bawaan air.
Tanah
runtuh berlaku apabila bukit yang menjadi paksi bumi mengalami perubahan
ketara. Aktiviti pembinaan bangunan, jalan raya dan penempatan yang dibuat di
lereng atau di atas bukit menyebabkan kemusnahan struktur semulajadi menjadi
punca utama kejadian tanah runtuh.
Aktiviti
pembalakan haram tidak terkawal menimbulkan banyak keburukan. Pokok ditebang
sehingga kawasan hutang menjadi gondol. Akibat perbuatan itu air hujan mengalir
laju tanpa meresap di dalam tanah. Simpanan air dalam tanah berkurangan dan
mudah kering apabila musim kemarau.
Manusia
perlu mematuhi dan bertanggungjawab menjaga alam agar sumber utama tidak
diganggu secara keterlaluan. Soal pengurusan air merupakan fardu kifayah untuk
kepentingan semua. Semua pihak perlu memainkan peranan bagi menjamin
kepentingan umum tidak dirosakkan.
Sekiranya
manusia bersyukur dan menggunakan sumber alam dianugerahkan Allah dengan
mematuhi peraturan alam, selama itu kehidupan manusia berjalan dengan
baik.
Sikap
tamak tidak pernah sampai di penghujung, jika tidak dididik dengan perasaan
takwa dan keimanan.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Hari kiamat telah hampir dan manusia masih lagi
bertambah tamak kepada dunia dan bertambah jauh daripada Allah.” (Hadis riwayat
Tarmizi, Ibnu Majah dan Hakim).
Allah
menjelaskan kemusnahan dan penderitaan bakal ditanggung manusia jika melakukan
perbuatan menyalahi aturan alam. Diharapkan kejadian sedemikian menjadi manusia
insaf dan kembali bertaubat.
No comments:
Post a Comment