Tuesday, 26 March 2019

MENGAPA HARGA MAHAL LEBIH MENDAPAT SAMBUTAN


Di media sosial kerap dijadikan medan mereka tidak berpuashati untuk menularkan mengenai harga mahal yang dikenakan peniaga atau pengusaha terhadap pembeli.

Dari segi lojik, peniaga berkenaan pasti gulung tikar apabila tiada lagi pembeli yang sudi membeli setelah harga mahal dikenakan itu diketahui ramai.

Namun, dalam banyak kes, semakin tular kes itu, peniaga mendapat pelanggan lebih ramai. Tentu sekali keadaan itu pelik. Mengapa pembeli masih sanggup membeli dengan harga yang mahal.

Ada beberapa sebab pembeli suka membeli dengan harga mahal. Pertama kerana ia adalah lambang kemegahan. Kedua, mereka ingin tahu adalah ia benar mahal atau sekadar sikap tidak bertanggungjawab individu yang membuat pos di media sosial. Ketiga, mereka berpendapat yang lebih mahal itu lebih berkualiti atau lebih baik.

Seorang pengusaha ada membuat catatan di Muka Buku mengenai sikap pengguna. Tulis pengusaha itu:

Kami pernah buat promosi harga termurah untuk bekam muka 7 cup RM30 dengan bonus tanpa lebam TETAPI kurang dapat sambutan.

Lepas tu buat lagi promosi bekam muka 7 cup RM50, dengan bonus tanpa lebam HASILNYA lebih banyak dapat sambutan.

Bila kami buat “promosi” bekam muka 8 cup RM100, sambutannya sangatlah menggalakkan.

Pelik ke apa ni? Rupanya orang lebih suka yg lebih mahal. Padahal kami buat semuanya sama. Layanan, kualiti, teknik, bahan-bahan farmasi yg digunakan semunaya sama. Jarum je lain-lain.

No comments:

Post a Comment