Jambu air atau di Kelantan lebih
dikenali jambu nawar. Jambu nawar memang banyak jenis, sama juga dengan banyaknya
jenis atau varieti jambu batu.
Salah satu varieti jambu nawar yang
ada ialah jenis kecil berwarna merah. Penulis tidak pasti namanya, tetapi ada
yang memanggilnya jambu air kancing atau jambu nawar kancing. Nama kacing
digunakan mungkin kerana bentuknya berupa seperti kancing baju perempuan.
Kali pertama penulis melihat dan makan
buah jambu nawar kancing, yang juga dipanggil jambu nawar kecil ini ialah
sekitar tahun 1984. Ukuran buahnya lebih kecil berbanding kebanyakan varieti jambu
air lain.
Masa itu, ayah penulis ada menanam
anak pokok itu yang diberikan anak benih tut oleh kawannya. Rasanya pada masa
itu jambu nawar jenis ini belum banyak lagi.
Pokok jambu nawar yang ditanam ayah
penulis cepat berbuah, kira-kira setahun setelah ditanam. Mungkin kerana
menggunakan anak tut. Pokoknya terus membesar, namun paling tinggipun sekitar
lima meter sahaja.
Pokok nawar kancing atau kecil ini
memang lebat berbuah. Buahnya boleh dikongsi atau diagih-agihkan kepada jiran. Ia
tidak ada musim. Dalam setahun berbuah beberapa kali.
Rasa buahnya masam manis. Memang sedap
dimakan terus atau dicicih dangan perisa seperti cuka, kicap dan sebagainya.
Pokok asal yang ditanam oleh ayah
penulis telah ditebang. Namun bakanya masa masih ada dipindahkan di tempat
lain. Malah, seorang adik penulis yang bertugas di Sabah ada membawa baka ini
ditanam di rumahnya di Ranau, Sabah.
No comments:
Post a Comment