Siput babi tergolong dalam genus helix. Dalam
Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai halazun
Dalam fiqah, halazun adalah tergolong dalam
kumpulan ‘hasyaraat’ iaitu haiwan kecil yang melata atau menjalar.
Dalam mazhab Syafie, secara umumnya haiwan
yang tergolong dalam hasyaraat adalah haram dimakan kerana termasuk dalam
haiwan yang dianggap keji (khabisah).
Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT bermaksud:
“Dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan
kepada mereka segala benda yang buruk”.
(Surah Al-A’raf: 157).
Berdasarkan kaedah pengharaman haiwan-haiwan
yang dianggap keji, maka mazhab Syafie dan majoriti ulama berpendapat bahawa
halazun adalah haram dimakan.
Pandangan ini disebut dalam keterangan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia yang bersidang pada 02 April 1998 dalam membincangkan tentang
pembiakan siput babi.
Antara lain, Muzakarah menyatakan: “Menurut
Mazhab Shafie, siput babi dianggap sebagai khabisah kerana apabila ia mati ia
tergolong sebagai bangkai.
Dari segi kaedah ilah dan malul khabisah
ialah ilah kepada pengharaman. Oleh itu siput babi ini hukumnya haram dimakan.
Dalam Mazhab Syafie juga, binatang-binatang yang halal dimakan hanyalah
binatang-binatang yang telah disembelih sahaja, kecuali jenis ikan dan
belalang”.
Memandangkan isu halal atau haram memakan siput
babi adalah bersifat ijtihadiah kerana tidak ada nas qatie daripada al-Quran
dan Sunah berkaitan dengannya, maka ada ulama yang mengharuskan dan mereka
berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang
mengharamkannya.
Manakala majoriti ulama yang mengharamkannya
berpendapat ia adalah hasyarat, dan ia bukan haiwan yang disembelih, maka jika
ia mati, ia adalah bangkai.
No comments:
Post a Comment