Pelajar pemimpin masa depan. Proses
melahirkan pemimpin yang berwibawa, berketerampilan, berdaya tahan dan
berkarisma memerlukan satu perancangan yang teliti. Tumpuan permulaan
melahirkan pemimpin ialah di peringkat sekolah.
Proses mendidik dan melahirkan pemimpin
yang terbaik memerlukan masa yang lama dan berperingkat-peringkat. Pemimpin
bukannya dilahirkan sebagai pemimpin, sebaliknya dibentuk melalui proses
pembinaan ciri-ciri kepimpinan yang berterusan.
Masa persekolahan adalah peluang terbaik
untuk seseorang memulakan dan memperkembangkan bakat kepimpinan. Peluang ini
terbuka luas ketika di sekolah kerana banyak aktiviti yang melibatkan daya
kepimpinan.
Ketua murid atau ketua pengawas adalah
pemimpin. Mereka dipilih di kalangan yang terbaik. Lebih menarik apabila
pemilihan dilakukan sendiri di kalangan pelajar, selain peranan guru dan
pentadbir sekolah.
Apabila proses pemilihan turut melibatkan
pelajar, maka satu pendedahkan kepada sistem pemilihan pemimpin yang diamalkan
di negara kita melalui pilihan raya secara tidak langsung diperkenalkan kepada
pelajar.
Malah, calon-calon yang menawarkan diri
diberi peluang untuk berkempen menemui bakal pengundi yang bukan sahaja
memperkenalkan diri, bahkan berpeluang untuk menyatakan “janji” apa yang akan
dilakukan jika menang pemilihan nanti.
Mereka berdepan situasi kempen, termasuk
penolakan daripada pengundi di atas sebab-sebab tertentu. Penolakkan memang
situasi “genting” dan “mencabar”. Jika mereka mampu menangani situasi tersebut,
itulah kekuatan penting yang perlu dimiliki calon pemimpim atau pemimpin.
Kemampuan pelajar sekolah rendah berucap di
hadapan pelajar untuk berkempen dan menyatakan janji-janji apa yang akan
dilakukan merupakan satu kemampuan yang luar biasa hebat.
Pengalaman itu pasti dapat meningkatkan
dan mempromosi imej sebagai pemimpin, dan pada masa yang sama meningkatkan
motivasi murid lain untuk menonjolkan diri dalam kepimpinan.
No comments:
Post a Comment