Tuesday, 12 December 2017

Untuk pak haji mak hajjah

Mereka yang telah mengerjakan ibadat haji yang menjadi sebahagian Rukun Islam digelar ‘haji’ bagi lelaki dan perempuan pula dipanggil ‘hajah’. Gelaran itu lazim digunakan khususnya masyarakat di Nusantara dan tidak ada kaitan dengan ‘perintah’ agama. Ia hanya adat atau kebiasaan yang diamalkan.

Apapun, bukan soal gelaran yang harus menjadi keutamaan sebaliknya sejauh manakah kita ‘menjaga kemuliaan’ gelaran tersebut.

Justeru kepada ‘pak haji’ dan ‘mak hajah’, fahamilah tanggungjawab berat yang terpikul di bahu mereka. Fahami dan kajilah apakah kita benar-benar sudah mencapai ‘haji mabrur’ atau pemergian kita ke tanah suci sekadar ‘makan angin’.

Atas sebab itulah, ‘pak haji’ dan ‘mak haji’ perlu menunujukkan tauladan yang baik dalam kehidupan seharian. Lakukan perkara kebaikan dan jauhkan perbuatan yang ditegah.

Kalau dahulu sebelum ke Mekah, mereka tidak pernah bersolat, setelah pulang mereka rajin bersolat, kalau dahulu mereka ‘bermulut celupar’ tetapi sekarang mereka menjaga tutur kata dan perbuatan.

Semua itu akan membuktikan bahawa pelaksanaan ibadah haji benar-benar memberi kesan dan membawa perubahan kepada kehidupan mereka khususnya dalam meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Sedarlah, sama ada dipanggil ‘pak haji’ atau ‘mak haji’ tidak pen­ting, tetapi lebih mustahak sejauh manakah perbuatan, tingkah laku dan amal ibadah setaraf dengan gelaran tersebut.

Tiada apa yang perlu dibanggakan, bergelar haji atau hajjah, tetapi perangai lebih teruk jika dibandingkan orang yang belum berpeluang mengerjakan ibadat haji.

Mungkin ‘pak haji’ dan ‘mak haji’ seumpama itu boleh berasa bangga kerana dipanggil gelaran berkenaan, tetapi di sisi Allah SWT yang dinilai adalah ketakwaan. 

No comments:

Post a Comment