Bukan sahaja kepercayaan yang diberi si ayah dipersiakan, malah tubuh yang pernah berhempas pulas menyara hidup mereka sekeluarga itu diherdik dan dihalau bagaikan anjing kurap.
Bagaikan kisah hikayat si Tanggang, namun itulah yang berlaku kepada seorang warga emas yang menagih simpati setelah dirinya diperlakukan sebegitu rupa oleh anak-anak kandung sendiri.
Azlan Ahmad (bukan nama sebenar), 83 tahun, tampil mengharap keadilan setelah dirinya dianiaya tujuh anak kandungnya sendiri selepas menyerahkan semua aset bernilai lebih RM14 juta.
Azlan yang dahulunya hidup serba mewah dengan perniagaan tiga buah stesen minyak, ladang ternakan ayam seluas 10 ekar dan 10 ladang tanaman sawit, memberi kepercayaan sepenuhnya kepada tujuh anak berusia 35 tahun hingga 58 tahun untuk meneruskan legasi perniagaan yang telah diusahakan sejak tahun 70-an lagi secara berperingkat.
Azlan yang diserang angin ahmar pada 2000 ibarat jatuh ditimpa tangga apabila dipinggir anak-anaknya dan terpaksa menyara kehidupan serta rawatan kesihatan sendiri dengan sisa baki kudrat yang ada.
Menceritakan
detik itu, Azlan dikurniakan empat anak lelaki dan tiga anak perempuan hasil
perkongsian hidup bersama isteri pertama.
Menurutnya, ketika dalam keadaan sakit dan tidak mampu berfikir dengan waras, dia telah diperdaya salah seorang anaknya untuk menukar segala hak milik pegangan saham sebuah syarikat ladang ternakan ayam daging kepada nama anaknya itu.
Bukan itu sahaja, malah sebuah rumah di Gombak yang dibeli dengan harga RM600,000, deposit overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM800,000, serta akaun simpanan semasa syarikat bernilai RM100,000 turut beralih tangan.
Malah katanya, masih segar di ingatan kenangan empat tahun lalu, di mana dia memandu seorang diri dan secara tiba-tiba minyak keretanya habis sebelum membuat keputusan untuk singgah di stesen minyak yang pernah dibina suatu ketika dahulu sebelum ia diserah kepada anak perempuan kesayangannya.
Dengan nada sebak, katanya, dia menunggu hampir dua jam untuk mendapatkan minyak percuma, malah bukan sahaja dihalau, dia turut diherdik anaknya sendiri.
“Empat tahun lepas, ketika saya bawa kereta minyak habis. Saya pergi ke stesen minyak minta pekerja di situ tolong isikan, tapi dia tak bagi sampailah ke malam.
"Dekat dua jam saya tunggu, saya telefon dia, dia hentam saya balik.
“Saya yang bina stesen minyak tu… saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan,” katanya.

Kata Azlan, dia
kini yang hidup menumpang kasih dengan isteri kedua serta tujuh anak tirinya
Sungai Besi.
Dia bersyukur kerana anak-anak tirinya begitu bertanggungjawab menjaganya biarpun dalam keadaan dirinya yang kini uzur.

No comments:
Post a Comment