Insya-Allah, dalam sedikit masa lagi, Merdeka 118 akan dilancarkan sepenuhnya dan akan memberikan impak langsung postitif kepada rakyat dan ekonomi Malaysia.
Banyak
benda yang menarik mengenai menara ini. Merdeka 118 adalah menara tertinggi di
Asia Tenggara dan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa.
Selain
itu, Menara Merdeka 118 akan dilengkapi dengan sistem lif yang antara terpantas
di dunia dan sistem lif yang boleh digunakan semasa kecemasan seperti
kebakaran. Jadi tidak perlu menggunakan tangga lagi.
Selain
dari dikelilingi bangunan warisan yang dibaik pulih. Presint Merdeka 118 juga
akan dilengkapi dengan kemudahan lain seperti Masjid Merdeka, pusat beli belah
118 Mall, kediaman dan pusat penjagaan kanak-kanak.
Semuanya
bagi memastikan komuniti setempat dapat terus diperkasa, terutamanya komuniti
perniagaan yang berdekatan. ⠀
Gambar: Pemandangan bandar raya Kuala
Lumpur dari tingkat 116 Menara Merdeka 118
No comments:
Post a Comment