Kacip Fatimah: Kacip Fatimah terbukti mampu mengatasi
masalah keputihan di samping menstabilkan kitaran haid wanita, menyegarkan bahagian
intim dan meningkatkan fungsi seksual wanita selain mencegah serangan penyakit.
Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang
bukan sahaja mampu menyahtoksin, malah melambatkan proses penuaan. Sifatnya
astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang
mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi
masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj.
Akar Serapat: Akar Serapat berupaya memperbaiki dan
menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Akar
Serapat juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi
kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Herba ini mampu melancarkan
peredaran darah untuk meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi
organ dan tahap kesihatan wanita.
Cili Bulat: Capsicum atau cili bulat berasal dari
kawasan tropika di Amerika dan hadir dengan warna merah, kuning dan hijau.
Capsicum kaya dengan Vitamin C dan beta-carotene yang bersifat antioksidan dan
mampu membasmi racun dalam badan sekaligus berupaya menentang serangan
penyakit. Capsicum juga mampu membakar kalori dan meningkatkan metabolisme
sekaligus membantu mengurangkan berat badan, selain menstabilkan sistem
penghadaman dan meningkatkan sistem imunisasi.
Pudina: Minyak pati pudina diekstrak dari
peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang penting
untuk tubuh badan manusia. Selain membantu mengatasi masalah nafas berbau, ia
turut meredakan sakit kepala dan tekanan di samping menyegarkan tubuh badan
agar anda kekal aktif dan bertenaga.
Habbatussauda: Habbatussauda mengandungi asid lemak
yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan
keremajaan kulit. Di samping itu, Habbatussauda turut membantu mengatasi
masalah jerawat dan kulit kering serta berupaya memelihara sistem penghadaman
dan pernafasan.
Delima: Delima mengandungi mengandungi
anthocyanin dan tannin hidrolisis yang merupakan agen antioksida yang berfungsi
menyahtoksin seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses
penuaan kulit. Selain membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang
sihat, delima juga mampu memperbaiki tekstur kulit, meningkatkan keanjalan dan
kecerahan kulit, serta mengatasi masalah seperti kedutan dan garis-garis halus.
Ia juga berupaya memelihara kesihatan jantung, melancarkan sistem pencernaan
serta membekalkan tenaga fizikal.
Buah Tin: Turut dipanggil buah Ara, ia kaya
dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6 dan Kalium yang berupaya menstabilkan
tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengurangkan kolestrol di
samping memelihara kesihatan kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi
mencegah daripada serangan penyakit.
Prun: Kajian pakar menyatakan pengambilan
makanan berserat tinggi seperti prun dengan berterusan membantu mencegah
penyakit jantung, di samping melancarkan sistem penghadaman dan perncernaan.
Prun juga kaya dengan vitamin K dan A yang berperanan menggalakkan penyembuhan
luka, mengukuhkan tulang serta mengawal tahap gula dalam darah selain membantu
memelihara kesihatan kulit. Prun juga berupaya melindungi usus daripada
serangan kanser dan menurunkan tahap kolestrol yang berlebihan dalam tubuh
badan.
Kurma: Kurma terbukti kaya dengan serat dan
potassium untuk menyeimbangkan kandungan air dalam badan, mencegah dari
serangan kanser usus, membantu dalam pembinaan otot serta memelihara sistem
saraf.
Beri Acai: Beri Acai kaya dengan nutrien dari
sumber vitamin A, C dan E serta bersifat antioksidan yang membantu mencegah
daripada penuaan dan kerosakan sel di samping membantu memperbaiki tona kulit
agar lebih sekata. Selain itu, Acai turut membantu mengatasi masalah jerawat,
menyingkir kesan parut, dan menyerlahkan seri kulit serta mampu melancarkan
peredaran darah, mengurangkan tahap kolestrol LDL, meningkatkan tahap tenaga
dan meredakan tekanan.
Minyak Sawit: Minyak sawit mengandungi vitamin E dan
co-enzim Q10 yang berperanan mengurangkan tahap kolestrol dalam badan di
samping mencegah kanser. Lemak sayuran ini juga mampu melindungi arteri,
membantu meremajakan kulit wajah, dan bertindak sebagai agen anti-oksida bagi
mencegah kerosakan sel.
Minyak Kayu
Putih: Minyak kayu
putih mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang berperanan mencegah
kuman sekaligus menyembuhkan luka dan mengatasi masalah kulit seperti lebam dan
kegatalan. Ia juga membantu menghilangkan keletihan, sakit-sakit badan dan
otot, selain meningkatkan peredaran darah dan aktiviti jantung.
Bawang Merah: Bawang merah mengandungi polyphenol,
biotin, mangan, serat, fosforus, potassium, folat serta vitamin B1, B6 dan C
yang berfungsi memelihara sistem kardiovaskular, meningkatkan sistem imunisasi
serta menstabilkan kadar gula dalam darah. Ia juga tinggi kandungan flavonoid
yang bersifat antioksidan bukan sahaja berupaya mencegah kerosakan sel dan
melambatkan penuaan, malah turut berfungsi sebagai agen antiradang yang
membantu mencegah pengoksidaan asid lemak.
Buah Pala: Buah Pala sememangnya kaya dengan karbohidrat,
kalsium, fosforus, protein, kalium dan berperanan mengatasi masalah pencernaan,
meningkatkan daya konsentrasi, mengatasi sakit kepala dan penyakit sendi di
samping melancarkan saluran pencernaan, mengatasi masalah tidur, dan merawat
kulit yang berjerawat.
Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber
air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino,
niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam
badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem
saraf di samping membuang bau yang kurang menyenangkan pada tubuh badan dan
darah nifas. Selain itu, halia turut berupaya menyahtoksin, mengatasi sakit
pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta
merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.
Bawang Putih: Bawang Putih mempunyai kegunaan dalam
bidang perubatan tradisional serta kaya dengan karbohidrat, magnesium, kalium
dan protein yang mampu menghapuskan parasit, membantu melancarkan sistem
pernafasan, memperbaiki sistem penghadaman dan meningkatkan tahap tenaga dan
kecergasan.
Kulit Kayu Manis: Kulit kayu manis mengandungi serat,
kalsium, zat besi dan mangan yang berupaya mengurangkan risiko serangan kanser
serta mencegah jangkitan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit. Ia
juga mampu mengatasi kemurungan, keletihan dan menyingkir bau badan yang kurang
menyenangkan selain membantu meredakan ketegangan otot, mengecutkan jerawat dan
membantu mengekalkan kehalusan kulit.
Kunyit: Kunyit bersifat antioksidan dan
berupaya mencegah kerosakan sel, meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di
samping menghapuskan bintik-bintik hitam pada wajah dan mengatasi masalah kulit
dan kegatalan. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang
berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.
Lada Hitam dan
Lada Putih: Ekstrak
lada hitam dan putih berupaya merawat penyakit saraf yang juga dikenali sebagai
neuralgia dan penyakit kulit. Selain itu ia juga berperanan untuk mengatasi
sakit-sakit badan. membasmi kuman di dalam perut untuk meredakan sebarang
kesakitan di dalam perut.
Jadam: Jadam sering digunakan dalam perubatan
tradisional Timur Tengah bagi mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengatasi
masalah sesak nafas, kegatalan, kencing manis serta menstabilkan tahap
kolestrol.
Cengkih: Cengkih ternyata kaya dengan kalsium
yang berkesan mencegah osteoporosis dan mengecutkan otot, serta magnesium yang
berperanan mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membasmi bakteria,
membekalkan tenaga, menstabilkan sistem pencernaan di samping berupaya
mengatasi masalah penyakit kulit.
Serai Wangi: Ekstrak serai wangi sering digunakan
dalam aromaterapi yang membekalkan manfaat bagi kulit. Ia mampu menyahtoksin dan
bersifat antiseptik untuk mencegah jangkitan mikroorganisme sepeti bakteria dan
kulat yang akan merosakkan kulit selain mengawal minyak pada kulit dan
mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit.
Pandan: Selain mengharumkan produk makanan dan
penjagaan diri, daun pandan juga berupaya melagakan sakit kepala dan dada serta
mengatasi masalah kulit, demam, kekejangan perut serta mempercepatkan pemulihan
ibu dalam pantang.
Akar Wangi: Akar wangi merupakan antara ramuan
semulajadi yang berkesan untuk merawat masalah jerawat pada kulit.
Senduduk: Senduduk juga dikenali sebagai rumpai
darat dan digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat
luka luaran mahupun dalaman. Selain itu juga, senduduk berkesan untuk
mempercepatkan proses penyembuhan rahim bagi wanita selepas bersalin. Ia juga
bertindak merawat keputihan dan buasir di samping membuang angin dalam badan.
Kayu Sepang: Kayu sepang yang bersifat antiseptik
ini mampu mempercepatkan pemulihan luka, melancarkan peredaran darah serta meneutralkan
racun dalam tubuh.
Limau Nipis: Limau nipis sarat dengan vitamin C yang
bertindak sebagai anti-oksida yang mencegah kerosakan sel di samping membantu
menyahtoksin, meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengurangkan kedutan,
meredakan sakit kepala, menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan,
memelihara metabolisme di samping memelihara kecantikan dan kulit wajah.
Temu: Temu putih yang bersifat antioksidan
dan antiradang ini berupaya merawat luka, meredakan sakit pada sendi,
memelihara sistem pencernaan serta memulihkan tenaga kaum ibu setelah
melahirkan anak.
Pinang: Buah pinang mengandungi alkaloid yang
berupaya meneutralkan racun dalam tubuh badan. Selain itu, pinang turut berperanan
mengecutkan rahim selepas bersalin, merawat luka, serta mengatasi masalah
pendarahan yang berlebihan ketika haid.
Limau Purut: Limau purut kaya dengan asid sitrik
yang bersifat antioksida dan membantu mengekalkan kelembapan kulit selain
berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel.
Limau purut juga mampu merawat luka, di samping melancarkan peredaran darah
sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman.
Jasmine (Melati): Minyak pati bunga melati sering
digunakan dalam aromaterapi bagi membantu meredakan tekanan, memelihara sistem
saraf, mengatasi kemurungan, melegakan sakit kepala serta menstabilkan tekanan
darah.
Serbuk Param: Serbuk param berfungsi untuk
menghangatkan tubuh badan, menstabilkan peredaran darah, mengatasi keletihan,
menguatkan tisu tubuh, membuang angin dalam badan serta mengembalika seri wajah
ibu dalam pantang.
Cengkih: Cengkih yang bersifat antiseptik ini
berupaya memulihkan luka, merawat jangkitan kulat, meredakan ketegangan,
mengatasi sakit kepala, memelihara sistem pernafasan, meningkatkan sistem
imunisasi serta membantu menyihat dan mencantikkan kulit.
Beras: Beras bukan hanya menjadi makanan ruji
masyarakat di Malaysia, namun mengandungi minyak squalene dan vitamin E yang
berupaya menyingkir sel kulit mati, meningkatkan kecerahan kulit, mengekalkan
kehalusan dan kelembapan kulit di samping membekalkan nutrisi kepada kulit agar
ia kelihatan lebih remaja dan berseri.
Daun Turi: Daun turi yang bersifat antioksidan ini
membantu memulihkan luka, meredakan demam nifas dan sakit kepala, di samping
menggalakkan penghasilan susu ibu.
Asam Keping: Asam keping atau asam gelugur kaya
dengan khasiat, asid sitrik, serat, vitamin dan mineral serta bersifat
antioksidan untuk meneutralkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh
pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya. Asid askorbik yang terkandung
dalam asam gelugur ini pula berperanan untuk membasmi bakteria pada tubuh.
Jintan Putih: Jintan Putih mampu mencegah kanser,
meningkatkan sistem imunisasi, menyahtoksin, membuang angin dalam badan serta
memperbaiki sistem penghadaman serta mengandungi thymol yang berupaya
merangsang pengeluaran asid dari dalam perut.
Jintan Manis: Flavonoid yang terkandung dalam jintan
manis dapat mengurangkan kandungan kolestrol, mengurangkan rasa sakit dan
mengurangkan risiko penyakit jantung.
No comments:
Post a Comment