Firman Allah bermaksud: “Dan di antara kebesaran Allah ialah Dia telah
menciptakan untukmu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram
kepadanya dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang.” – (Surah ar-Rum ayat
21).
Institusi perkahwinan membentuk sebuah keluarga, mengandungi suami dan
isteri, kemudian kelahiran anak-anak. Rasulullah gembira dan menggalakkan
umatnya berkahwin serta mempunyai anak.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Berkahwinlah kamu dan mempunyai anak melaluinya, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat nanti.”
Sabda Rasulullah bermaksud: “Berkahwinlah kamu dan mempunyai anak melaluinya, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat nanti.”
Justeru, Baginda menganggap mereka yang sengaja tidak mahu berkahwin tanpa
alasan syarie sebagai bukan di kalangan umatnya.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Bukan di kalangan umatku mereka mereka yang tidak ingin berkahwin.”.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Bukan di kalangan umatku mereka mereka yang tidak ingin berkahwin.”.
Ini bermakna umat Islam ‘wajib’ berkahwin agar tergolong sebagai umat
Rasulullah di akhirat. Umat Rasulullah mempunyai banyak kelebihan di
akhirat berbanding umat-umat nabi lain. Antara kelebihan umat Rasulullah
ialah awal dihisab sebelum umat lain. Selain itu syafaat Rasulullah amat
besar maknanya.
Bagainda pernah melahirkan rasa sedih apabila mengetahui seorang sahabat
meninggal dunia ketika masih bujang. Sahabat itu dikatakan mendapat
kurang martabatnya di sisi Allah, biarpun semasa hayatnya dia tergolong mereka
yang kuat beribadat dan taat kepada perintah Allah dan Rasulullah.
Sebagai memperakui kepentingan berkahwin, balasan kebaikan bagi mereka
berkahwin digandakan dan tambah dengan rahmat Allah.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila seorang isteri mendirikan solat lima
waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta menutup aurat
dan taat kepada suami, lebih berhak baginya masuk ke syurga dari sebarang pintu
yang dia kehendaki.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).
No comments:
Post a Comment