Friday, 21 October 2016

Propaganda perang saraf dalam politik

Kepentingan propaganda dalam pertempuran atau peperangan, atau apa juga situasi melibatkan pertandingan tidak dinafikan. Elemen propaganda menentukan menang dan kalah. Gerak saraf dan perang saraf pula menjadi elemen penting propaganda. 

Propaganda dikaitkan dengan aktiviti penipuan, manipulasi atau pembohongan. Di Malaysia, propaganda dikaitan dengan aktiviti atau kempen dari parti-parti politik yang biasanya dianggap melibatkan penipuan atau pembohongan. 

Dari aspek imej pula, perkataan propaganda dikaitkan dengan imej Adolf Hitler, seorang pemimpin Nazi sekitar tahun 1925 hingga 1940an.

Menurut sejarahnya, Hitler dibantu seorang Menteri Propaganda bernama Joseph Goebbles dengan menjalankan siri-siri kempen propaganda besar-besaran dalam memenangi hati dan minda rakyat Jerman pada ketika itu. 

Tapi persoalannya, benarkan propaganda hanya berkaitan dengan Adolf Hitler dan Joseph Goebbles semata-mata? Adakah mereka berdua manusia awal yang menggunakan propaganda? Jawapannya adalah tidak.

Menurut Adolf Hitler, propaganda adalah senjata perintah pertama negara England. Di dalam bukunya yang bertajuk Mein Kampf, dalam bab 6 yang diberi tajuk "War Propaganda", Hitler menulis, di Negara England, propaganda dianggap sebagai "weapon of the first order". 

Maksudnya, walaupun England mempunyai kekuatan senjata, peluru, kereta kebal dan kapal terbang, akan tetapi seluruh program peperangan mereka bertunjang dan bergantung kepada operasi propaganda.

Sebenarnya, "Propaganda adalah sebarang bentuk komunikasi yang digunakan untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku sesuatu kumpulan sasar bagi memanfaatkan pihak penganjur".

Nilai keberkesanan propaganda bergantung kepada tema, simbol dan mesej yang tersurat bagi mencapai objektif atau matlamat yang diinginkan yang tersirat. Kejayaan propaganda berkait rapat dengan keupayaan propagandists dalam menganalisis kekuatan, kelemahan, persekitaran dan susceptibility kumpulan sasar supaya ianya berimpak tinggi.

Contohnya propaganda oleh England dalam menjatuhkan Nazi adalah lebih hebat dan berkesan dari apa yang dibuat oleh Nazi sendiri. 

Dalam mengakui kekalahan operasi propaganda Nazi, Adolf Hitler menambah lagi di dalam bukunya, punca kekalahan Nazi adalah kerana propaganda di Jerman oleh Nazi hanyalah sebuah pilihan terakhir ahli politik yang terbuang atau cara mudah untuk mereka yang malas.

Dengan ertikata lain, dalam mempuat propaganda, tidak hanya bersandarkan kepada fakta benar, sebaliknya yang separuh benar dan pembohongan itu perlu dilakukan.

Justeru, jika ada sesuatu isu dibangkitkan, para propaganda tidak perlu menanti atau mencari fakta sebenar baru hendak bertindak. Bertindak segera dengan apa saja 'fakta' yang ada untuk menangkis propaganda musuh. 

Perlu diingat, kebanyakan propaganda musuh sebenarnya tidak berasaskan kepada fakta atau kebenaran. Maka, bagaimana hendak tunggu kebenaran baru hendak bertindak? Secara tuntasnya, yang palsu perlu juga dipadamkan dengan yang palsu.

No comments:

Post a Comment