Wajib pertahan negara Islam untuk memastikan kuasa kekal dalam pemerintahan pemimpin Islam. Negara
Islam ditakrifkan kebanyakan ulama meletakkan syarat pemimpin tertingginya di kalangan orang Islam, kedaulatan diperakui negara lain, ajaran Islam dapat diamalkan dengan aman dan
hukum dilaksanakan berdasarkan syariat Islam.
Dalam
negara Islam dibenarkan bukan Islam menjadi warganegara yang mendapat hak
sebagaimana orang Islam. Selain itu, bukan Islam juga mungkin tinggal di
negara Islam atas dasar sementara atau tidak menjadi warganegara.
Biarpun
Islam berkuasa di negara Islam, namun hakikatnya ditegah orang Islam melakukan
perkara tidak hak kepada bukan Islam.
Imam
al-Mawardi menjelaskan terdapat hadis bermaksud: “Semua hal yang ada di dalam
Darul Islam menjadi terlarang (terpelihara), sedangkan semua hal yang ada di
dalam dâr asy-syirk telah dihalalkan.”
Orang Islam
wajib mempertahankan negara Islam dan jika ia telah ditawan oleh bukan Islam
maka wajib negara Islam dibebaskan dan kembali ditegakkan sebagai negara
Islam. Dalam hal ini, negara-negara Islam mesti bersatu membebaskan
negara Islam lain yang dikuasai oleh kuasa asing.
Inilah yang
sepatutnya dilakukan di kalangan negara Islam dalam usaha untuk membebaskan
Palestin daripada kuasa Israel. Begitu juga dalam hal yang berlaku di
Iraq biarpun dianggap diperintahkan sendiri oleh rakyatnya, tetapi pada
hakikatnya hanya menjadi boneka kepada kuasa asing.
Negara
Islam tidak dapat ditegakkan tanpa penglibatan orang Islam dalam politik atau
pemerintahan. Maka itu, adalah wajib kita memilih di kalangan pemimpin
beragama Islam.
Kerjasama
dengan bukan Islam dalam pemerintahan dibenarkan tetapi kuasa penting dalam
pentadbiran negara mesti dipegang oleh pemimpin Islam seperti dalam soal
kewangan, pentadiran dalam negeri, keselamatan, pendidikan, perundangan dan
perdagangan.
Hal ini
bagi memudahkan urusan untuk menjaga kepentingan agama dan umat Islam dapat
dijalankan dengan baik. Kelekaan umat Islam memberikan bukan Islam mengurus
ekonomi negara memberi kesan apabila mereka mampu membuat tuntutan ‘melampau’
dalam soal tertentu dan biasanya perkara itu perlu dilayan disebabkan kuasa
ekonomi berada di tangan mereka.
Maka itu,
amat penting umat Islam menguasai ekonomi selain kuasa pemerintahan dan
pertahanan.
Kaeadah
fiqah bahawa tindakan pemimpin atau kerajaan tertakluk kepada masalah rakyat
menjadai asas kepada penggunaan al-masalih dan al-mursalah yang mana hukum yang
diputuskan tidak terdapat di dalam al-Quran dan al-hadis.
Pendekatan
mengutamakan kepentingan masyarakat sebagai satu keperluan yang boleh dijadikan
dalil hukum diterima kebanyakan ulama, namun hukum itu terbatal jika sekiranya
telah ada sesuatu hukum yang jelas telah ditetapkan atau telah nyata perbuatan
itu diharamkan.
Kaedah ini
amat penting digunakan terutama dalam perkara yang sesuai dengan objektif
syarak, bertujuan kebaikan dan menolak keburukan, serta bertujuan untuk menjaga
kepentingan umum, bukan golongan atau kumpulan tertentu.
Malang
sekali apabila ada di kalangan umat Islam yang mengeluarkan fatwa yang selari
dengan kehendak individu dan kelompok tertentu sahaja, sedangkan fatwa yang
sama jika digunakan oleh pihak lain dianggap sebagai satu yang tidak
betul. Tindakan ini ternyata memberi implikasi besar kepada bibit-bibit
perpecahan di kalangan umat Islam.
Sad
al-zari’ah pula merujuk kepada satu kaedah hukum yang digunakan dalam usaha
menyekat atau menghentikan jalan-jalan yang pada kebiasannya menuju
kerosakan. Perbincangan mengenai sad-al-zari’ah melibatkan persoalan
mafsadah di mana mengharamannya diukur berdasarkan tahap mafsadah yang
berlaku.
Dengan kata
lain, segala perbuatan yang boleh membawa ke arah mafsadah atau kerosakan, maka
ia ditegah dalam Islam. Yang diambil kira dalam sad al-zari’ah adalah
penelitian kepada kesan terakhir kepada sesuatu perbuatan.
Oleh itu,
jika satu perbuatan baik dan diniatkan untuk kebaikan tetapi boleh membawa
kesan kerosakan, maka ia tetap dihalang.
Dengan kata
lain, matlamat tidak menghalalkan cara, sebaliknya perlu berpegang kepada
konsep cara berdasarkan kepada matlamat. Sesungguhnya Islam mementingkan
kepada kebaikan dan menjauhkan sebarang bentuk keburukan.
Pemimpin
yang baik akan sentiasa memikirkan perkara yang baik untuk rakyatnya. Membiarkan negara dalam huru hara dan berebut jawatan bukan ciri-ciri pemimpin
yang baik. Kemelut kepimpinan berebut kuasa di antara pemimpin akan menyebabkan
urusan kepimpinan atau memimpin ummah akan terganggu.
No comments:
Post a Comment