Mengundi hak semua individu mempunyai
taraf kerakyatan Malaysia yang sah dan mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) setelah usia mencapai 21 tahun sebagai pemilih bagi melayakkan
mereka dibenarkan menjadi pemilih dalam mana-mana pilihanraya yang diadakan
oleh SPR mengikut kawasan di mana seseorang itu didaftarkan.
Hak mengundi memberi peluang
kepada rakyat untuk mencorakkan bentuk pemerintahan negara ini dalam tempoh
setiap lima tahun.
Meskipun satu undi, ia boleh
membawa kesan yang besar terhadap hasil undian. Mungkin dengan satu undian
itulah, keputusan pengundian di sesuatu kawasan ditentukan.
Tiada gunanya mengulas
bermacam-macam perkara tentang politik negara dalam media sosial berkaitan
situasi politik negara tapi kesudahannya tidak keluar mengundi. Apa yang
diperjuangkan perlu diterjemahkan di atas kertas undi.
Malang sekali ramai orang yang layak
mendaftar sebagai pengundi tidak tidak berdaftar sebagai pengundi. Majoriti
yang tidak mendaftar sebagai pemilih adalah Melayu.
Antara alasan mereka ialah
undian mereka tidak mampu mempengaruhi dasar-dasar kerajaan dan masa depan
negara, tiada masa untuk mengundi, tidak berminat, malas, tidak penting, malah
ada yang mengatakan tidak tahu di mana hendak mengundi!
Pelbagai kaedah telah
disediakan oleh kerajaan melalui badan SPR untuk memudahkan rakyat
Malaysia mendaftar sebagai pengundi atau pemilih.
Pendaftaran boleh
dilakukan dengan mengunjungi ibu pejabat SPR, pejabat-pejabat pilihan raya
negeri dan pejabat Pos berkomputer, selain melalui pendaftaran bergerak seperti
Out-Reach Team SPR, penolong pendaftar parti politik atau penolong pendaftar di
semua pejabat kerajaan yang dilantik oleh SPR.
Pemohon cuma perlu mengisi
Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN
KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan
Pendaftaran Negara.
Rakyat yang layak mendaftar
sebagai pengundi disyaratkan mestilah warganegara Malaysia, sudah mencapai umur
21 tahun pada hari pengundian, menetap di mana-mana bahagian pilihan raya di
Malaysia dan tidak dihalang atau hilang kelayakan oleh undang-undang.
Rakyat sepatutnya menggunakan
sepenuhnya peluang yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negara untuk menentukan
kepimpinan negara. Orang Melayu perlu sedar bahawa satu-satunya yang
masih dimiliki ialah kuasa. Jika Melayu tidak mendaftr sebagai pengundi, Melayu
boleh hilang kuasa.
Malang sekali belia Melayu hanya jaguh berdemostrasi dan membantah itu dan ini. Sedangkan mereka sendiri tidak menggunakan hak yang lebih utama dan besar ialah daftar sebagai pengundi dan seterusnya menentukan hala tuju kepimpinan negara melalui peti undi.
Malang sekali belia Melayu hanya jaguh berdemostrasi dan membantah itu dan ini. Sedangkan mereka sendiri tidak menggunakan hak yang lebih utama dan besar ialah daftar sebagai pengundi dan seterusnya menentukan hala tuju kepimpinan negara melalui peti undi.
No comments:
Post a Comment