Maksud
talak dan cerai. Talak perkataan Arab bawa makna 'menguraikan' atau 'melepaskan
daripada ikatan'. Terdapat dua bentuk lafaz talak iaitu talak sarih dan
talak kinayah.
Talak sarih, yakni lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya talak awak” atau “Saya ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya” dan sebagainya. Lafaz jelas seperti ini hukumnya telah berlaku talak walaupun tanpa niat untuk melakukan sedemikian.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tiga perkara sungguhnya adalah sungguh dan gurauannya juga adalah sungguh, iaitu nikah, talak dan rujuk.” (Hadis riwayat Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).
Berkata Imam al-Khattabi: "Telah sepakat ulama bahawa lafaz talak yang sarih jika dituturkan oleh seorang lelaki (yakni suami) yang baligh (sampai umur) dan berakal, ia diambil perkiraan dengannya dan tidak berguna ucapannya "Aku mengucapkan main-main sahaja atau hanya gurauan atau aku tidak berniat talak dengannya" atau alasan-alasan lain seumpamanya" (Aunul-Ma'bud, kitab at-Thalaq, bab at-Thalaq fi al-Hazl, hadis no. 2194).
Talak kinayah, yakni lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah awak ke rumah mak awak” atau “Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci melihat muka awak” dan sebagainya.
Lafaz seperti ini hukumnya tidak jatuh talak melainkan suami memang mempunyai niat yang sebegitu. Dengan kata lain, lafaz kinayah memerlukan niat si suami iaitu jika berniat talak, maka jatuhlah talak tetapi jika tidak berniat talak, maka tidak berlaku talak.
Antara punca masalah dalam rumahtangga yang membawa kepada perceraian ialah tiada kesefahaman, sikap angkuh pasangan, campurtangan keluarga, wujud pihak ketiga, masalah penyakit, masalah kewangan, gagal menjalankan tanggungjawab dan poligami.
Terputusnya atau pelepasan ikatan perkahwinan suami isteri mengikut bahasa dipanggil talak. Talak terbahagi dua ialah talak rajii yang masih boleh dirujuk kembali dengan syarat isteri yang ditalak itu masih dalam idah, dan talak bain yang mana pasangan bercerai tidak boleh dirujuk kembali.
Sekiranya perkahwinan disukai dalam Islam, sudah tentulah talak pula paling dibenci. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sebenci-benci perkara halal di sisi Allah ialah talak.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Talak
adalah perkara harus dilakukan atas dasar untuk mencari kebaikan dan keadilan
kepada kepada pasangan terlibat. Islam menegah berlaku penganiayaan dalam
rumahtangga.
Sekiranya
talak tidak dibenarkan, kemungkinan berlaku perbuatan yang menyumbang kepada
masalah sosial. Perceraian memberi peluang suami dan isteri mengikut jalan
pilihan masing-masing setelah bercerai.
Masalah
yang dihadapi dalam keluarga merupakan rencah kehidupan yang memberi pengalaman
hidup. Di sebalik masalah, dapat memperkasakan keuntuhan rumahtangga untuk
menghadapi cabaran lebih mencabar pada masa akan datang.
Pasangan
suami isteri yang menghadapi masalah tidak boleh mengambil mudah dalam soal
tersebut sehingga mengambil keputusan sendiri untuk bercerai. Sesungguhnya soal
talak bukan boleh dibuat main-main maupun dilakukan secara bergurau.
Perkataan
talak atau cerai yang dilafazkan oleh suami tetap sah biarpun dilakukan ketika
marah, bergurau dan sebagai ugutan. Justeru, soal talak tidak boleh dipandang
mudah. Si isteri jangan mencabar suami menjatuhkan talak apabila berlaku
perkara tidak disenangi. Manakala suami pula perlu berhati-hati dan bersabar
daripada mengucapkan perkataan talak.
Sekiranya
talak telah dijatuhkan, pasangan bercerai berpeluang rujuk kembali dalam tempoh
idah, jika talak rajii, yakni talak kali pertama dan talak kali kedua. Talak
kali ketiga atau talak bain tidak boleh dirujuk kembali.
Bagi
pasangan yang memilih bercerai, hendaklah dilakukan dengan niat mencari
kebaikan. Perceraian itu bukan menghukum mana-mana pihak dan bukan pula
menimbulkan perasaan dendam. Perasaan tenang menerima perceraian memberi ruang
yang lebih terbuka bagi suami dan isteri memikirkan dengan mendalam sama ada
ingin rujuk kembali.
Tempoh
idah adalah masa peralihan bagi memberi peluang memikirkan kesan perceraian. Suami
dan isteri dapat menilai sendiri apakah perceraian itu mencapai matlamat yang
diingini melalui perceraian itu.
Perceraian
dalam tempoh idah dianggap sebagai perpisahan sementara. Peluang rujuk masih
terbuka dan ikatan perkahwinan pada hakikatnya masih wujud dan suami isteri
perlu memenuhi tanggungjawab perkahwinan, melainkan diharamkan ke atas mereka
untuk bersetubuh sebelum dirujuk kembali.
Tanggungjawab
suami terhadap isteri yang dicerainya, tetapi masih dalam idah, termasuklah
menyediakan perbelanjaan harian dan tempat tinggal, sepertimana yang dinikmati
ketika sebelum diceraikan.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Wanita yang berhak mengambil nafkah dan rumah kediaman
dari bekas suaminya, jika bekas suaminya itu berhak rujuk kepadanya.” (Hadis
riwayat Ahmad dan Nasai).
Sebagai
balasannya, bekas isteri tidak boleh menjalin sebarang hubungan dengan lelaki
lain yang bermaksud untuk mengambilnya sebagai isteri setelah lepas idah. Bekas
suami adalah lebih berhak berbanding dengan lelaki lain untuk memiliki bekas
isterinya.
No comments:
Post a Comment