Syiah
nikah mutaah, taqiyah dan kafirkan sahabat. Keputusan Muzakarah Khas
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai ajaran Syiah pada 1996 menetapkan umat
Islam di negara ini hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan
Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
Justeru,
sebagai umat Islam di negara ini yang berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah,
kita seharusnya memahaminya bertujuan memastikan kesucian akidah dan syariah
Islam dipertahankan, dibela serta dipelihara.
Hanya Islamlah agama yang diiktiraf di sisi Allah SWT, iaitu agama yang menjamin umat Islam kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya agama (yang benar
dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang
diberikan Kitab itu tidak berselisih kecuali selepas sampai kepada mereka
pengetahuan kerana hasad dengki di kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa
yang kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera
hitungan hisab-Nya. (Surah Ali-Imran, ayat 19)
Namun, akhir-akhir ini ajaran Syiah yang dibawa masuk ke Nusantara semakin berkembang di negara kita. Ajaran Syiah yang bertapak di Malaysia adalah ajaran Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah (Jafariyyah).
Banyak penyelewengan telah dilakukan golongan ini yang menyentuh sama ada dari sudut akidah, syariah dan kepentingan umum.
Hanya Islamlah agama yang diiktiraf di sisi Allah SWT, iaitu agama yang menjamin umat Islam kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Namun, akhir-akhir ini ajaran Syiah yang dibawa masuk ke Nusantara semakin berkembang di negara kita. Ajaran Syiah yang bertapak di Malaysia adalah ajaran Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah (Jafariyyah).
Banyak penyelewengan telah dilakukan golongan ini yang menyentuh sama ada dari sudut akidah, syariah dan kepentingan umum.
Antara
pegangan akidah Syiah ialah mendakwa imamah sebagai rukun Islam pertama dan
termasuk dalam perkara usuluddin. Kedua, menafikan kekhalifahan Saidina Abu
Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman.
Mengkafir dan memfasikkan sahabat, mendakwa al-Quran telah diubah, berdoa supaya dihapuskan penentang Syiah termasuk pihak berkuasa, mengharuskan perbuatan meliwat, menyambut hari Karbala pada setiap 10 Muharam.
Mempertahan amalan nikah mutaah, mempertikai kesahihan dan keutuhan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, mendakwa Syiah adalah pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar dan mencabar pihak berkuasa.
Justeru, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2 dan 3 Mei 1996 di Langkawi, Kedah, telah membuat keputusan mengharamkan ajaran Syiah di Malaysia dan menetapkan umat Islam mengikuti ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariat dan akhlak.
Di
antara dua perkara yang menjadi kelaziman ulama Syiah dan penganutnya ialah
taqiyah (berpura-pura) dan mutaah.
Mengkafir dan memfasikkan sahabat, mendakwa al-Quran telah diubah, berdoa supaya dihapuskan penentang Syiah termasuk pihak berkuasa, mengharuskan perbuatan meliwat, menyambut hari Karbala pada setiap 10 Muharam.
Mempertahan amalan nikah mutaah, mempertikai kesahihan dan keutuhan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, mendakwa Syiah adalah pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar dan mencabar pihak berkuasa.
Justeru, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2 dan 3 Mei 1996 di Langkawi, Kedah, telah membuat keputusan mengharamkan ajaran Syiah di Malaysia dan menetapkan umat Islam mengikuti ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariat dan akhlak.
Taqiyah bermaksud satu ucapan atau perbuatan
yang anda lakukan tidak sesuai dengan keyakinan, untuk menghindari bahaya yang
mengancam jiwa, harta untuk menjaga kehormatan anda.
Mesejnya apabila berhadapan dengan Ahli
Sunnah maka perlu berpura-pura seperti beraqidah dengan Ahli sunnah supaya
dapat berbaik-baik dengan ahli sunnah dan apabila mempunyai peluang mereka akan
menyebarkan ajaran syiah mereka ini.
Seperti
kata al-Kulaini dalam kitabnya “Jagalah Agama Kalian (Syiah), tutupilah dengan
Taqiyah, tidak dianggap beriman seseorang sebelum ia bertaqiyah”. Hal ini
menunjukkan bahawa Taqiyah atau sifat munafik ini adalah tanda-tanda orang yang
beriman. Nauzubillah.
Manakala mutaah pula adalah perzinaan yang diberikan nama nikah bagi mengaburi masyarakat
awam yang jahil dalam hal ini. Mutaah adalah pernikahan kontrak tertentu sama
ada mengikut hari, bulan, tahun atau beberapa jam sahaja tanpa saksi, wali dan
nafkah cuma beberapa bayaran sahaja.
Pernikahan
ini di sisi Islam adalah haram dan tidak sah. Manakala di sisi Syiah ia
adalah sebuah pernikahan yang mulia dan anak yang lahir dari mutaah adalah anak
yang paling mulia.
Bahkan
agama Syiah ini tidak membataskan berapa orang wanita atau lelaki yang hendak
dimutaah, dihalalkan walaupun dengan 1000 orang dan walau pun dia isteri
seseorang.
Penzinaan mutaah inilah yang menjadikan kenapa ramai yang terpengaruh dengan agama Syiah
ini kerana dalam agama Syiah ini ada kelazatan zina yang telah di’agama’kan
dengan diberikan nama nikah mutaah.
No comments:
Post a Comment