Bersukan, bersenam
atau beriadah adalah cara atau satu keperluan untuk melahirkan individu kekal
sihat, harmoni dan berinteraksi antara satu sama lain, selain dijadikan sebagai
aktiviti masa senggang yang berfaedah.
Biasanya apabila disebut bersukan, kita lebih fokus
kepada jenis-jenis sukan untuk menyertai pertandingan. Sedangkan bersukan untuk
tujuan menyertai pertandingan sebenarnya hanya melibatkan sebilangan kecil
mereka yang digelarkan ahli sukan, manakala matlamat sebenar bersukan atau
beriadah adalah untuk menjaga
kesihatan.
Oleh sebab itu, lebih elok kita menyebutnya beriadah yang
merujuk kepada aktiviti melakukan
gerak badan, senaman atau segala kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang
untuk menyihatkan badan dan fikiran.
Kelancaran pengaliran darah ke seluruh badan amat penting
bagi pengangkutan horman dan zat pemakanan. Pengaliran darah yang ‘tersekat’
dan lemah akan mengakibatkan organ-organ badan tidak berfungsi dengan baik yang
menyebabkan penyakit berbahaya berkaitan pengaliran darah.
Pergerakan anggota badan dapat membantu jantung berfungsi
dengan baik. Kesihatan jantung perlu dijaga kerana ia adalah ‘enjin’ kepada
seluruh anggota badan. Jika jantung tidak berfungsi dengan baik, maka seluruh
anggota badan menghadapi masalah dan mengganggu kualiti hidup serta menyebabkan
penyakit berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang,
lemah jantung dan sesak nafas.
Aktiviti badan yang aktif meningkatkan kadar metabolisma
badan dan pembakaran lemak yang dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan
atau obesiti. Keadaan badan mengalami obesiti mendatangkan kesan buruk kepada
kesihatan, terutama menyebabkan penyakit kencing manis atau diabetes dan darah
tinggi.
Tinjauan
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), Kementarian Kesihatan bagi tahun
2011 menunjukkan bahawa kadar penyakit diabetes meningkat kepada 15.2 peratus
daripada 11.6 peratus pada tahun 2006, sementara darah tinggi dalam kalangan
orang dewasa yang berumur melebihi 30 tahun meningkat daripada 32.2 peratus
kepada 32.7 peratus.
Selain itu, pengeluaran peluh ketika beriadah dapat
membantu proses pengeluaran bahan beracun seperti asid daripada badan. Banyak
unsur kimia berbahaya tidak dapat dikeluarkan melalui air kencing dan najis,
sebaliknya hanya secara pelepasan air peluh.
Oleh sebab itu kerajaan melancarkan program sukan untuk
semua dan gaya hidup sihat. Untuk mengekalkan tahap kecergasan, setiap orang
perlu bersukan setiap hari atau sekurang-kurangnya selama 20 minit setiap kali
sebanyak tiga kali seminggu.
Satu
cara mudah beriadah ialah berjalan kaki. Berdasarkan kajian, berjalan kaki
sebanyak 10,000 langkah sehari dapat membantu mengekalkan kesihatan badan yang
melayakkan seseorang dianggap sebagai seorang yang aktif dan sihat dari segi
fizikal. Oleh sebab itu, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama agensi kerajaan
dan badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan kempen 10,000 Langkah Sehari.
Berjalan
10,000 langkah adalah bersamaan dengan berjalan kaki anggaran sejauh 6
kilometer sehari. Berjalan dengan langkah 10 000 sama seperti berenang selama
90 minit, berbasikal selama 70 minit, bermain bola sepak selama 90 minit.
Walaupun
jumlahnya agak besar, tetapi tidak bermakna 10,000 langkah berjalan kaki itu perlu
dilakukan secara berterusan untuk menggenapkan bilangan 10,000 langkah
itu.
Maksud 10,000 langkah ialah jumlah langkah berjalan kaki yang dilakukan dalam tempoh sehari. Tidak kiralah berjalan di dalam rumah, pergi ke sekolah, ketika melakukan tugasan seharian dan sebagainya.
Maksud 10,000 langkah ialah jumlah langkah berjalan kaki yang dilakukan dalam tempoh sehari. Tidak kiralah berjalan di dalam rumah, pergi ke sekolah, ketika melakukan tugasan seharian dan sebagainya.
Oleh
sebab itu, setiap orang perlu mengurangkan penggunaan kemudahan seperti kereta
dan motosikal untuk perjalanan ke tempat yang dekat. Selain itu kurangkan
penggunan lif dan tangga bergerak jika berurusan di tempat yang menyediakan
kemudahan tersebut.
Golongan
muda perlu mengambil kesempatan untuk menjaga kesihatan sebelum masuk usia tua
yang biasanya mengalami pelbagai masalah kesihatan. Penyakit pada usia tua
sebenarnya banyak berpunca tidak menjaga kesihatan ketika usia muda yang
menunjukkan tanda-tandanya apabila usia meningkat tua.
No comments:
Post a Comment