Monday 15 July 2019

SEKSYEN 377 KANUN KESEKSAAN PERSETUBUHAN LUAR TABII

Seksyen 377 Kanun Keseksaan dalam undang-undang Malaysia adalah berkaitan jenayah seksual luar tabii dan ia dipecahkan kepada beberapa seksyen dengan hukuman berbeza.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan, hukumannya ialah penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii sama ada melalui mulut atau dubur, hukuman ialah penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum maksima 20 tahun, termasuk sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan  iaitu persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan iaitu perhubungan seks dengan objek sama ada melalui dubur atau kemaluan, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan  iaitu melanggar kesopanan dengan melakukan kelucahan melampau, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga dua tahun.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan iaitu merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau, membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Seksyen 377 Kanun Keseksaan bukti pendirian kerajaan Malaysia yang menolak kelakuan seks luar tabiee sama ada terhadap binatang, diri sendiri atau orang lain walaupun ia atas kerelaan ataupun tidak.

Ia turut membawa maksud bahawa kerajaan hari ini tidak menghalalkan sama sekali kewujudan golongan homoseksual di Malaysia. Juga yang amat penting, ia merupakan penegasan kepada kedudukan Islam sebagai Ugama Persekutuan.

1 comment:

  1. based on your writing, it seems like it is rigid when being charged in Sks 377. is there anyway to get away from case 377 if already brought up to court for judgement? if the Pengadu decided to drop-off the tuduhan, will the court case still proceed? or the Tuduhan will be drop-off to Pesalah?

    ReplyDelete