Kerdas atau genuak (nama
saintifiknya archidendron bubalinum) merupakan sejenis buah dari pokok kerdas yang
sering dijadikan sebagai ulam serta dimakan bersama nasi. Pokok kerdas merupakan
sejenis pokok berkayu, saka dan malar hijau.
Kulit kerdas agak keras dan liat serta mempunyai saiz
memanjang dan isi di dalamnya berulas-ulas. Ulas isinya agak kecil di antara
(10 mm-15 mm) dan ianya berkulit nipis sama seperti kulit isi jering.
Warna isinya bergantung kepada ketuaan buah ini jika sudah
tua atau disimpan lama warnanya akan menjadi kehitaman dan jika isinya masih
muda atau baru dipetik ianya bewarna kuning pucat (keputih-putihan).
Isi buah kerdas agak lembut walau pun sudah tua dan matang.
Selain dijadikan ulaman, buah kerdas juga boleh dimasak sambal atau dibuat
jeruk. Pucuk daun pokok kerdas juga ada yang memakannya sebagai ulaman.
Daun pokok kerdas ini bertekstur nipis dan lembut daun
mudanya pula bewarna ungu.
Kerdas dijadikan sebagai ulam bagi menambah selera makan.
Baunya agak kuat hingga melekat pada bau nafas selepas memakan ulam ini.
Kerdas
ini boleh bertahan lama jika disimpan bersama kulitnya. Bagi penduduk luar
bandar mereka sering mencari pokok kerdas yang tumbuh meliar di dalam hutan.
Memakan buah kerdas juga akan menyebabkan bau yang kurang
menyenangkan pada mulut dan urin kita. Ianya mengeluarkan
bau yang agak kuat sama seperti ulam petai dan jering.
Buah kerdas matang tidak boleh dimakan
mentah terlalu banyak sekali gus kerana ia mengandungi bahan kapur yang boleh
menyekat saluran kencing dan akan menyebabkan pemakannya sukar membuang air
kecil.
Buah kerdas mengandungi nilai herba yang boleh membersihkan
buah pinggang, melawaskan kencing dan dapat mengurangkan risiko penyakit
kencing manis.
Ia juga dikaitkan dengan awet muda. Yang pentingnya amalan
memakan buah kerdas sebagai ulaman dengan nasi panas menjadi pembuka selera
semasa kita menghadapi hidangan.
Kerdas kaya vitamin A, vitamin B dan vitamin C selain
daripada kandungan protein (3.5%), karbohiderat (1.7%), lemak (0.3%) dan
pelbagai zat galian seperti P, Fe, Ca dan sebagainya.
Kerdas juga didapati
mengandungi bahan koloid yang membantu dalam melawaskan sistem perkumuhan
terutama membantu dalam ransangan untuk kencing.
Terdapat dakwaan yang menyatakan buah kerdas membantu
meneuteralkan kandungan gula dalam darah dan membantu dalam mengawal masaalah darah
tinggi.
No comments:
Post a Comment