Friday, 1 February 2019

KECEWA HUSAM TIDAK DILANTIK PENGERUSI

Penyokong pastinya ingin pemimpin pilihan mereka berjaya dalam pertandingan merebut jawatan tertinggi atau dilantik ke jawatan tertentu yang difikirkan layak. Namun, tidak semua impian itu tercapai atau menjadi kenyataan.

Tentu sekali penyokong akan kecewa dan meluahkan perasaan. Inilah yang dizahirkan penyokong Datuk Husam Musa apabila pemimpin kesayangan mereka tidak dilatih ke jawatan yang diharapkan.

Baca catatan di FB penyokong Husam:
Mesyuarat PH Kelantan sebelum ini memutuskan Dato Husam Musa jadi Pengerusi MPENg Kelantan.

Manusia yang buat paper MPENg Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis adalah Husam.

Tiba-tiba surat yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri melantik Dato Azmin Ali sebagai Pengerusi MPENg.

Mesyuarat Pakatan Harapan Malaysia terdekat saya jangka PANAS, tindakan JPM yang membelakangi kptsn PH Negeri Kelantan wajar diberikan perjelasan sewajarnya.

Jika PH Malaysia tidak mahu kekalahan PRK Cameron Highland terjadi di semua Dun dan Parlimen dlm Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis selepas ini, maka keputusan PH Kelantan perlu dihormati.

--------

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Ia diumumkan dalam satu kenyataan oleh Unit Sekretariat, Bahagian Pemantauan & Penilaian, Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, di bawah Arahan No 1, 2018 Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (berkuatkuasa 31 Oktober, 2018), MTNg diwujudkan di setiap negeri sebagai badan utama peringkat negeri yang bertanggungjawab memastikan keputusan Majlis Tindakan Negara (MTN) pada peringkat persekutuan dilaksanakan.

MTNg bertindak sebagai pentas penyelarasan utama bagi keputusan dasar berkaitan penyelarasan perancangan, pemantauan dan pengesanan pelaksanaan dasar dan program/projek pembangunan serta inisiatif semasa Kerajaan Persekutuan pada peringkat negeri, menurut kenyataan itu.

Majlis itu akan bermesyuarat setiap suku tahun.

Bagi Kelantan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bersetuju melantik Mohamad Azmin sebagai pengerusi MTNg negeri ini.

“Bagi memastikan segala projek pembangunan yang dirancang untuk negeri Kelantan dapat berjalan dengan lancar, Kerajaan Persekutuan amat berharap kerajaan negeri dapat memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Ini penting dalam memastikan usaha keras Kerajaan Persekutuan untuk membawa pembangunan fizikal dan insaniah ke seluruh jajahan di Kelantan akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada negeri dan rakyatnya,” menurut kenyataan itu.

Komitmen Kerajaan Persekutuan untuk melonjakkan pembangunan Kelantan adalah jelas apabila ia diletakkan sebagai salah sebuah negeri yang diberi keutamaan dalam pengagihan peruntukan pembangunan seperti mana yang dinyatakan dalam Tonggak Ke III Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (2018-2020). - BERNAMA

1 comment: