Semangat kesukarelawan atau laku sesuatu dengan rasa sukarela tanpa
harap upah atau ganjaran perlu diperkasakan di kalangan rakyat, terutama
golongan muda. Golongan muda boleh melakukan pelbagai jasa kepada negara
melalui semangat sukarelawan untuk menyumbang kepada kepentingan komuniti dan
negara secara keseluruhan.
Amalan itu menjadikan mereka individu tidak pentingkan diri, individu
yang mementingkan masyarakat dan individu lain yang boleh kita banggakan.
Belia digalakkan menjalankan aktiviti kesukarelawanan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dalam keperluan dan kumpulan sosial.
Sukarela
bermakna melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah
dengan niat ikhlas atau setulus kudus dan tidak mengharapkan apa-apa pulangan
kepada diri sendiri.
Amalan
sukarela adalah nilai murni. Malah, sukarelawan dianggap suci kerana itulah
setiap yang terbabit dalam kerja sukarela, sama ada secara individu ataupun
berkumpulan, sama ada secara sistematik ataupun tidak dan sama ada sumbangannya
besar ataupun kecil, tetap dianggap kerja terpuji.
Kerja
sukarela juga adalah satu daripada nilai yang disanjung tinggi yang
memungkinkan manusia terus hidup secara bermasyarakat dan berkongsi erti kemanusiaan
dalam erti kata sebenar, dari dulu hingga sekarang dan diyakini akan sampai
pada bila-bila.
Sukarelawan
yang sebahagiannya belia, adalah insan berbudi yang sebahagiannya tidak
dikenali kerana tidak diberi publisiti dan tidak pula mencari publisiti.
Mereka menaburkan kesan abadi yang tidak terhitung di tengah kehidupan manusia, sama ada sebagai pemberi manfaat dan nikmat, perintis perkhidmatan, penggerak kesedaran, penyambung suara rakyat dan sebagainya.
Mereka menaburkan kesan abadi yang tidak terhitung di tengah kehidupan manusia, sama ada sebagai pemberi manfaat dan nikmat, perintis perkhidmatan, penggerak kesedaran, penyambung suara rakyat dan sebagainya.
Bangsa
Malaysia kaya dengan tradisi sukarelawan ini. Antara lain, ia dicerminkan
konsep gotong-royong. Gotong-royong dipraktikkan dalam kehidupan bermasyarakat
penyayang dan prihatin, misalnya dalam membantu kerja kenduri-kendara, turun ke
sawah untuk menyemai dan menuai, menguruskan sakit pening dan kematian,
memindahkan rumah dan sebagainya.
Konsep
gotong-royong dan bantu membantu ini diperkukuhkan oleh sebahagian daripada
inti pati budaya masyarakat, seperti yang dicerminkan oleh peribahasa ‘yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’ dan ‘hati gajah sama dilapah,
hati kuman sama dicecah’.
Konsep
gotong-royong membabitkan setiap anggota dalam sesebuah masyarakat, iaitu
dengan memberikan peranan kepada semua orang dan masing-masing dengan
gunanya.
Begitu
sekali tradisi ini membudaya dalam masyarakat negara ini, sehingga mereka yang
tidak bercampur dalam masyarakat diibaratkan ‘seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing’.
Kerja
sukarela akhirnya menyerlah dalam pelbagai bentuk, daripada kerja sukarela
secara bersendirian kepada berkumpulan, daripada organisasi tidak formal kepada
organisasi formal dan pada peringkat kampung hingga ke peringkat kebangsaan.
Bagaimanapun,
sejak beberapa dekad lalu, ada banyak pandangan yang melihat bahawa konsep
sukarela semakin hari semakin merosot.
Maka
itu, kempen kesukarelawan perlu dipupuk kembali, terutama di kalangan ramaja
atau generasi muda. Mereka perlu dilatih dan membina jatidiri bersedia
menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan upah.
Pertubuhan
bukan kerajaan atau yang berbentuk kesukarelawan perlu diperbanyakkan dan pada
masa yang sama aktiviti juga perlu disusun agar dapat menarik penyertaan
khalayak yang maksimum.
semangat sukarela perlu ditanam dalam setiap rakyat
ReplyDelete