Berbeza pendapat perkara lumrah. Namun ada adab berbeza pendapat untuk elak perpecahan. Umat Islam perlu
bersatu dan mempunyai matlamat sama dalam perjuangan menjayakan ummah.
Berbeza pendapat, berselisih dan bercakaran dalam perkara berkaitan cabang atau juziyyat secara ketelaluan membawa kesan buruk.
Berbeza pendapat, berselisih dan bercakaran dalam perkara berkaitan cabang atau juziyyat secara ketelaluan membawa kesan buruk.
Akibat mementingkan perkara yang
bukan matlamat perjuangan, maka umat Islam berpecah sesama
sendiri. Mereka jadikan sesuatu perkara yang lebih bersifat individu
sebagai perkara pokok sebagai titik kepada perpecahan.
Kita bukan ingin mempertahankan
sesuatu yang salah dilakukan individu kerana jika itu perbuatan dosa, maka kita
tidak boleh mengatakan perbuatan itu mendatangkan pahala. Tetapi, itu
tidak sepatutnya hingga menyebabkan kita berburuk sangka, fitnah, mengumpat,
memulau dan sebagainya.
Allah berfirman yang bermaksud,
"Wahai orang yang beriman! Janganlah kebanyakan daripada sangkaan (supaya
kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian
daripada sangkaan itu adalah dosa dan jangan kamu mengintip atau mencari-cari
kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat
setengahnya yang lain.' (Surah al-Hujurat: 12)
Memelihara ukhuwah atau tali
persaudaraan sesama Islam itu adalah wajib bahkan tiada khilaf mengenainya
lantaran gesaan jelas dalam al-Quran.
Terjadinya fenomena pertelingkahan
dalam masyarakat Islam dalam masalah cabang agama terkait kepada
ketidaksempurnaan kefahaman agama dan kurangnya nilai tasaamuh atau berlapang
dada dalam menyingkap perbezaan pandangan hingga mudah menjatuh hukum.
Ini turut diungkapkan oleh Imam
As-Syaatibi dalam kitabnya Al-Muwaafaqaat fi Usuul al-Syariiah, ketika
menghuraikan ekstrimisme dalam agama berkait dengan kejahilan terhadap tujuan
syariat dengan hanya mengagak-agak maknanya, bukan dengan kematangan ilmu.
Fenomena seperti inilah yang melanda kaum Khawarij satu masa dulu yang dikenali golongan kuat beribadah namun keras dalam pandangan hingga sewenang-wenangnya mengkafirkan golongan berbeza pandangan dengan mereka.
Umat Islam perlu memperdalami ilmu syariah secara sempurna bukan picisan-picisan hingga tergamak menghukum walaupun ilmu belum matang sepenuhnya. Sikap keras dalam mempertahankan pandangan hanya akan menjerumuskan umat kepada kemudaratan bahkan kesesatan.

Tidak benar perpecahan di kalangan umatku suatu rahmat seperti yang sering diucapkan
oleh mereka yang mengatakan itu satu hadis. Hakikatnya hadis itu
dikategorikan hadis palsu oleh ulama hadis.
Islam pentingkan perpaduan, jadi macam mana pula perpecahan dikatakan
rahmat. Memang kita dibenarkan berlainan pendapat, tetapi bukan membawa
perpecahan sehingga memulau dan saling menjatuhkan.
Kita perlu melihat bagaimana Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Hambali
dan imam-imam muktabar yang lain yang berbeza pendapat tetapi tidak membawa
kepada perpecahan.
Mereka pentingkan perpaduan dalam mempertahankan perkara berkaitan akidah dan tauhid. Sebab itu, pengikut mazahab ini apabila berdepan dengan kumpulan yang menyeleweng, mereka akan bersatu sepertimana ketika berdepan dengan penganut fahaman Muktazilah, Syiah, Hajariah, Musyabihah, Rasdhiah, Qadariah, Jabariah dan sebagainya.

No comments:
Post a Comment