Terdapat jenis makanan bolah
membantu menurunkan tahap paras bacaan kolestrol dalam badan. Biarpun kolestrol
datang dari sesetengah jenis makanan, pada masa sama, terdapat juga makanan
yang boleh menurunkan kadar kolestrol.
Sebab itu amat penting kita
mempelbagaikan sumber makan agar keperluan badan seimbang.
Bawang putih
Bawang putih
Bawang putih mengandungi Allicin. Allicin
ialah zat anti bakteria yang bertindak sebagai anti biotik semula jadi.
Halia
Halia ini sifatnya panas. Sebab itu,
kalau demam ramai minum air halia. Biar berpeluh sikit. Kebaikan
halia ialah menghalang kolestrol melekat pada saluran jantung. Cukup
sekadar pengambilan sekali setiap hari.
Lemon
Lemon biasa diambil untuk mengurangkan berat
badan. Ia mengikis lemak dalam badan kita yang sinonim dengan
kolestrol. Rata-rata orang kita sebut lemak tepu. Jadi, dengan
membuang lemak dalam badan dapat kurangkan risiko kolestrol yang berlebihan.
Pati cuka epal
Pati cuka epal mengandungi pectin. Pectin
membantu untuk mengurangkan kolestrol dalam badan. Pati cuka epal telah
diamalkan sejak zaman purba lagi. Malah, Islam juga menggalakkan amalan
ini sebab banyak manfaat kepada kesihatan kita.
Madu lebah asli.
Memang tak dapat disangkalkan lagi manfaat
madu lebah asli. Mengenai khasiat madu lebah dirakamkan dalam al-Quran. “Di
dalamnya (madu) terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia.” –
(An-Nahl:69).
Madu lebah merawat penyakit jantung dan
penyakit dalaman kerana mengandung karbohidrat, glukosa, fraktose, zat gula
tebu, protein, potassium, zat besi, belerang dan fosfor.
Kurma
Makanan sunah Nabi kita. Kandungan gulanya
50-57 peratus glukosa. Bermakna, tenaga yang diserap adalah serta-merta tanpa perlu
dipecahkan oleh enzim.
Kurma mengandungi kalium yang penting bagi
fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah.Jadi, saluran jantung kita
dapat selamat dari risiko kolestrol tersumbat.
No comments:
Post a Comment