Sejarah penglibatan wanita dalam parti bermula seawal gerakan
menentang cadangan penubuhan Malayan Union pada 1945 melalui UMNO. Wanita yang sebelum
ini lebih tertumpu pada pertubuhan berunsurkan kebajikan telah turut terlibat
buat pertama kalinya secara terbuka dalam gerakan politik tanah air.
Tiga
tokoh wanita iaitu Putih Mariah Ibrahim Rashid dari Persatuan Melayu Perak,
Zainab Abdul Rahman dari Persatuan Melayu Seberang Perai dan Salena Ali dari
Persatuan Melayu Selangor telah bertemu bagi membincangkan penubuhan pergerakan wanita Melayu.
Ekoran
pertemuan itu UMNO telah menubuhkan Jabatan Kaum Ibu pada 1947 dengan Putih Mariah
dilantik sebagai ketuanya yang pertama. Setahun kemudian Jabatan Kaum Ibu
diperbesarkan menjadi Pejabat Setiausaha.
Pada
25 Ogos 1949, bertempat di Butterworth, UMNO telah mengadakan Perhimpunan Agung
Wakil Wanita dari bahagian-bahagian UMNO bagi menubuhkan satu badan yang
dinamakan Ahli-ahli Perempuan UMNO (APU) yang dianggap sebagai pertubuhan
politik rasmi pertama untuk wanita di Tanah Melayu dan Putih Mariah sebagai ketuanya.
Setahun
kemudian kepimpinan APU diterajui Tan Sri Zainun Sulaiman atau lebih dikenali
sebagai Ibu Zain. Di bawah kepimpinannya, APU telah menambah ahli dan jumlah
cawangan. Beliau telah menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air bersama
sekeping peta Tanah Melayu dan sehelai bendera UMNO di tangan, untuk memberi
penerangan mengenai politik dan kemerdekaan.
Pada
1956, APU ditukar kepada Pergerakan Kaum Ibu UMNO. Fatimah telah dipilih menjadi
ketua dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 1957 dan beliau menerajui Pergerakan
itu hingga 1972.
Pada Ogos 1971, UMNO mengadakan Persidangan Agung Khas bagi
mengatur corak perjuangan UMNO. Perlembagaan UMNO telah dipinda dan Pergerakan
Kaum Ibu telah ditukar namanya kepada Pergerakan Wanita UMNO bagi melambangkan
imej dinamik.
Menyedari perkara itu, kepimpinan parti membuka peluang untuk
mengetengahkan calon wanita dalam pilihan raya. Parti Perikatan yang disertai
UMNO, MCA dan MIC meletakkan calon wanita pada pilihan raya Majlis Perundangan
Persekutuan pada 1955 iaitu Halimahton Abdul Majid.
Pada PRU pertama 1959,
Perikatan mengemukakan dua calon wanita iaitu Tan Sri Zainun Sulaiman dan Tun Dr Fatimah
Hashim.
Tun Dr Fatimah menjadi wanita pertama dilantik sebagai Menteri Kebajikan pada 20 Mei 1969. Sejak saat itu,
Malaysia tidak pernah ketinggalan melantik wanita sebagai menteri kabinat. pertama
dan seterusnya dilantik menyertai kabinat.
Kedudukan wanita bukan sekadar nasi tambah, tetapi
menjadi nadi kekuatan. Sebab itu, Pas yang pernah mengeluarkan fatwa bahawa
wanita haram menjadi calon pilihan raya dan dilantik menjadi pemimpin, telah
berubah pegangan apabila turut melantik wanita sebagai calon. Bahkan, Pas
sanggup berkerjasama dan mengiktiraf parti yang dipimpin oleh wanita.
Pas pertama kali mengemukakan wanita atau muslimat sebagai calon
pilihan raya adalah pada tahun 1969, iaitu Khadijah Sidek di Parlimen Dungun
Selatan, Terengganu. Khadijah adalah bekas ketua wanita UMNO yang dipecat dan
Pas mengambil kesempatan untuk menawan hati pengundi ahli UMNO dengan
meletaknya sebagai calon Pas.
Khadijah kalah dan selepas itu Pas tidak lagi meletakkan calon
muslimat sehinggalah pilihan raya pada tahun 2004. Tindakan Pas dilihat sebagai
mengambil hati kaum muslimat yang dilihat sabagai tonggak kekuatan parti itu.
Pada PRU-13, Pas meletak tujuh calon wanita di kerusi parlimen dan 18 kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN).
Tindakan Pas itu satu pengiktirafan besar terhadap muslimat yang
menjadi tonggak utama dalam kerja-kerja parti. Mereka tidak boleh lagi
berselindung dengan alasan dilarang oleh agama..
Malah,
Pas dilihat lebih ke hadapan dalam meletakkan calon wanita dalam PRU. Pada
PRU-13, Pas meletakkan tiga calon wanita di Kelantan, berbanding BN hanya dua.
Pas terpaksa mengetepikan 'fatwa' haram meletakkan calon wanita
setelah melihat gelombang kebangkitan dan sumbangan muslimat dalam Pas yang menjadi penggerak dalam meraih undi.
Baca juga;

No comments:
Post a Comment